Friday 15 June 2012

Ji Hyun-woo cintakan Yoo In-na



JI HYUN-WOO dan Yoo In-na.

NAMA aktor Korea Selatan yang semakin meningkat naik, Ji Hyun-woo menjadi tajuk utama berita di Korea Selatan gara-gara keberaniannya meluahkan perasaan cinta terhadap aktres Yoo In-na pada majlis bertemu peminat drama lakonan mereka yang berjudul Queen Inhyun’s Man.
Selepas berdiam diri terhadap kontroversi terbaharu itu, agensi pengurusan In-na, YG Entertainment memberi kenyataan kepada pihak media.
“Nampaknya Hyun-woo melakukan kenyataan secara melulu. Selepas perbincangan, pihak kami memutuskan lebih baik untuk tidak membuat sebarang kenyataan rasmi berhubung kontroversi itu,” ujar wakil agensi Yoo In-na.
Pada 7 Jun lalu, Hyun-woo secara mengejut meluahkan perasaan cinta kepada aktres itu di hadapan peminat.
“Saya mahu membuat pengakuan ini di hadapan peminat yang suka drama lakonan kami. Saya secara jujur cintakan Yoo In-na,” kata Hyun-woo.
Pengakuan secara mengejut Hyun-woo itu bukan sahaja mengelirukan peminat, kru drama tetapi juga In-na sendiri kerana Hyun-woo kelihatan jujur.
Drama Queen Inhyun’s Man sebanyak 16 episod itu segera mendapat tempat di hati peminat disebabkan keserasian antara mereka dan juga terdapat kontroversi kononnya mereka bercinta pada permulaan penggambaran.
Perkhabaran terbaharu yang diterima, aktor Hyun-woo bakal mendaftarkan diri untuk menyertai latihan ketenteraan pada Julai depan.

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”