Terkejut dengan respon Neelofa yang mengadakan sidang akhbar semalam untuk menuntut penjelasan dan bukti dari Anzalna mengenai artikel yang disiarkan oleh sebuah tabloid tempatan Ahad lepas, Anzalna dalam kenyataan terbarunya kepada Utusan Malaysia, menyatakan bahawa dia mahu selesaikan isu ini secara baik.
“Benda ini perkara kecil sahaja. Boleh dibawa berbincang. Tak perlulah nak saman menyaman. “Saya hairan juga kenapa saya seorang yang ingin disaman. Kenapa tak saman akhbar yang terbitkan cerita itu sekali?” – dipetik dari Utusan Malaysia.
Seperti yang sudah kita ketahui dalam artikel OHBULAN! semalam bertajuk “Kenyataan Anzalna 100% Fitnah” – Neelofa, Neelofa telah melantik peguam untuk menyelesaikan perkara ini. Namun menurut Rotikaya, Anzalna juga telah melantik peguamnya sendiri selepas mendapat tahu isu ini semakin berpanjangan.
“Oleh kerana perkara ini sudah melibatkan badan guaman, saya juga telah pun melantik peguam saya sendiri untuk melihat notis tuntutan Neelofa & tindakan selanjutnya.” – Anzalna Nasir, dipetik dari Rotikaya.
Namun apa yang lebih mengejutkan ialah, Anzalna sebenarnya kecewa dan terkejut dengan wartawan yang menulis artikel tersebut. Menurut Anzalna, dia sebenarnya tidak mahu cerita itu disiarkan untuk menjaga hati semua pihak.
“Seperkara lagi, saya juga terkejut apabila wartawan tersebut menulis tentang apa yang saya cerita walaupun berkali kali saya pesan & minta supaya tidak di’keluarkan untuk menjaga hati semua pihak.” – dipetik dari Rotikaya.
Hairan juga OHBULAN!, bagaimana kenyataan Anzalna boleh disiarkan sedangkan dia sudah memesan agar kenyataannya tidak dikeluarkan? Apa yang OHBULAN! lihat ialah ini kali pertama isu sebegini terjadi pada Anzalna. Samada ia silap Anzalna sendiri atau bak kata Nabil, “Lu fikirlah sendiri!”.
OHBULAN! : Hari ‘minggu’ Bangla pun cuti, tapi ada juga pekerja yang berdedikasi.
No comments:
Post a Comment