Monday 4 June 2012

[Euro2012] Skandal Rasuah Itali Mungkin Tarik Diri



JURULATIH Itali, Cesare Prandelli mengakui bahawa beliau tidak mempunyai masalah sekiranya pasukan itu menarik diri daripada menyertai kejohanan Euro 2012, 9 Jun ini.

Spekulasi mengenai penyertaan Itali pada Euro 2012 semakin hangat diperkatakan selepas arena bola sepak negara itu dikaitkan dengan skandal mengatur keputusan perlawanan baru-baru ini.

Ini menyebabka 19 pemain ditahan oleh pihak polis termasuk pemain pertahanan, Zenit St. Petersburg, Criscito Domenico.

Prandelli dipetik berkata, "sekiranya keputusan menarik diri dari kejohanan Euro adalah terbaik demi dunia bola sepak, kami rela tidak mengambil bahagian."

"Ia tidak menjadi masalah untuk kami. Lagipun saya tidak suka perkara ini menjadi bualan orang.

"Dan saya lebih suka perkara ini diselesaikan dengan secepat yang mungkin," kata Prandelli.

Dalam laporan Isnin lalu,  Criscito digugurkan daripada skuad kebangsaan Itali selepas pihak polis menyerbu di biliknya di kem latihan pasukan di Florence bagi membantu siasatan.

Pada masa yang sama, pihak polis turut memeriksa rekod perbankan penjaga gol, Gianluigi Buffon selepas beliau membuat pertaruhan yang besar.

Kesemua 19 yang ditahan dipercayai menerima wang bagi sindiket pertaruhan, yang ketuanya dikatakan berada di Singapura.

Daripada 19 orang itu, 10 merupakan pemain empat divisyen teratas liga Itali, sama ada yang sedang bermain ataupun bekas pemain.

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”