Thursday 26 July 2012

Mamat Sepah Masih Cuba Tegakkan Benang Basah

Mamat Sepah masih cuba tegakkan benang yang basah : Enggan mengakui kesilapannya, Mamat Sepah masih cuba untuk menegakkan benang yang basah melalui akaun Twitter miliknya @mamatsepah apabila beberapa pengguna Twitter telah menempelak perilakunya awal pagi semalam.



Awal pagi semalam, Mamat Sepah bertindak memuat naik foto yang memaparkan pelakon yang  juga Presiden Seniman, Zed Zaidi mengalami kemalangan. Foto pelakon tersebut kelihatan berlumuran darah dan mengenakan sokongan leher telah dimuat naik sekitar pukul 12 tengah malam.

Ekoran dari foto yang dimuat naik tersebut, Datuk Shah Reza mengesahkan ianya sebagai palsu beberapa minit kemudian. Sebenarnya foto tersebut adalah satu adegan Zed Zaidi dalam penggambaran untuk sebuah telefilem yang berjudul Hijrah Jahiliyyah.


Sugguhpun demikian, susulan kenyataan penafian tidak dikeluarkan oleh pihak Mamat Sepah sendiri setelah menyedari penyeberan berita Zed Zaidi kemalangan tersebut merupakan satu berita palsu.

Tindakan tidak bertanggungjawab tersebut telah mengakibatkan pelbagai pihak kelam kabut untuk mendapatkan kesahihan berita tersebut.

Sikap sambil lewa Mamat dilihat sebagai satu sifat yang tidak bertanggungjawab. Jelas tidak mahu mengakui kesilapannya, malah Mamat turut memberikan komen-komen berbaur ugutan terhadap maklumbalas yang diterimanya menerusi akaun Twitter miliknya.



Ini termasuk mengajak beberapa pengikut yang memberikan maklumbalas negatif untuk bertemu secara empat mata untuk bertumbuk. Dalam maklumbalas yang diberikan oleh @Hazrey, Mamat Sepah telah menjawab maklumbalas tersebut dengan mengeluarkan kenyataan berunsur mencarut.


Tidak sukar untuk meredakan ketegangan yang telah berlaku. Dengan satu permohonan maaf melalui akaun Twitter tersebut juga insyallah akan meredakan segala kekusutan dan kekeliruan yang telah berlaku secaratidak sengaja.

Masalah yang telah ditimbulkan susulan tweet tersebut cukup besar kerana ia melibatkan orang kuat dalam industri hiburan tempatan


No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”