Thursday, 26 July 2012

Bulan Puasa Pun Dia Layan Urut Batin !


PUCHONG - Langsung tidak menghormati Ramadan! Bulan mulia yang sepatutnya dimanfaatkan untuk meningkatkan amal ibadat dicemari aktiviti ghairah melayan nafsu menerusi belaian gadis urut.

Itulah yang berlaku petang kelmarin, apabila seorang lelaki Islam berjaya diberkas penguat kuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) ketika serbuan di sebuah rumah urut di Bandar Puchong Jaya.

Dalam operasi bersepadu MPSJ bersama pihak polis itu, dua premis dipercayai menjalankan kegiatan tidak bermoral diserbu masing-masing di Jalan Merak 4A dan Jalan Kenari.

Pengarah Jabatan Penguatkuasaan MPSJ, Ahmad Hasan berkata, serbuan bersama 12 anggota dilakukan di premis didakwa memberikan layanan 'tambahan' kepada pengunjung.

Menurutnya, ketika diserbu dua pelanggan berada dalam premis, seorang didapati berada di dalam bilik, manakala seorang lagi belum sempat mendapatkan layanan tukang urut berada di kaunter.





“Ketika serbuan di premis kedua, seorang lelaki beragama Islam berselisih dengan anggota penguatkuasa menuruni anak tangga dipercayai baru keluar dari rumah urut berkenaan.

“Berkemungkinan dia bergegas melarikan diri apabila melihat kehadiran penguatkuasa menerusi kamera litar tertutup (CCTV) yang berada di dalam premis,” katanya.

Ahmad berkata, pemeriksaan mendapati, pengusaha menawarkan khidmat urutan dengan harga RM80 hingga RM180 mengikut jenis pakej yang dihendaki pelanggan.

“Kita percaya tukang urut turut memberikan khidmat urutan batin kepada pelanggan mereka,” katanya operasi turut disertai Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang.

Beliau berkata, tindakan sitaan dan penutupan premis dijalankan di bawah UUK 3 Undang-undang kecil pusat kecantikan dan penjagaan kesihatan MPSJ 2007 kerana menjalankan perniagaan rumah urut tanpa lesen dari MPSJ.

Jika sabit kesalahan katanya, pemilik berdepan denda maksimum sebanyak RM1,000.

Menurutnya, 10 wanita warga asing dari Vietnam dan Thailand yang bekerja sebagai tukang urut di kedua-dua premis terbabit diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. - sinarharian

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”