UPDATE: Tahniah atas kerjasama semua, pihak Facebook telah pun delete akaun suspek ini. Jasa anda hanya tuhan sahaja yang boleh balas. Tahniah semua!
Kami menerima aduan pembaca prihatin dengan sindiket penipuan yang mempergunakan gadis muda untuk menawarkan perkhidmatan seks secara terbuka di Facebook. Hasil tinjauan kami mendapati, modus operandi gadis muda ini yang beridentiti Nurhidayu Sulaiman meletakkan harga sebanyak RM200, boleh dibayar secara tunai atau secara topup. Tidak dapat dipastikan sama ada identiti gadis ini adalah benar atau tidak. Namun nombor telefon yang dipaparkan mungkin boleh diperiksa oleh orang-orang telco.
Kami meninjau di bahagian info, seperti yang dijangkakan suspek tidak mahu wang ditransaksikan menerusi bank, sebaliknya memilih kaedah pos. Suspek ini nampaknya agak bijak untuk memperdayakan harimau yang lapar. Bukan apa, kalau berikan nombor akaun bank, sudah tentu identitinya bocor.
Suspek ini juga mengguna gambar yang mengiurkan untuk mengoda mana-mana mangsa yang akal pendek. Kemungkinan besar, gambar-gambar tersebut bukan miliknya.
Untuk khidmat masyarakat, kami sarankan anda supaya berhati-hati dengan sindiket penipuan seperti ini dan sebarkan kepada insan tersayang agar mereka tidak ditipu sewenang-wenangnya. Atau lebih mudah, klik facebook suspek & ‘report/block this person”. At least, tugas kita sebagai pembaca walaupun kecil, dapat membanteras gejala sialan ini.
No comments:
Post a Comment