Thursday 26 July 2012

Blogger pembangkang terus menerus menghina kesultanan Johor



Warga AS dipenjara selepas hina Raja Thai, Lelaki hantar SMS hina Raja Thai dipenjara 20 tahun dan Aktivis hina Raja Thai dipenjara 7 tahun, ini ialah antara berita-berita dari negara jiran, Thailand.

Thailand mengambil serius institusi Raja mereka hinggakan hari jadi tuanku dan tuanku permaisuri diisytihar hari bapa dan ibu Thailand ini bagi menjamin kedaulatan dan hak milik orang-orang Thai ke atas Thailand, biar etnik mana pun menjadi PM Thai, PM itu mesti sujud menyembah raja Thai simbolik kepada mengiktiraf Thailand milik etnik Thai, untuk rekod Thaksin dan Adiknya, PM sekarang adalah dari etnik Cina.

Menyusur kesultanan Melayu Malaysia dari zaman Melaka hingga Merdeka, fungsi institusi ini dalam mengekalkan Malay dalam Malaysia tidak boleh dipertikaikan. Kerana Parameswara masuk Islam, orang Melayu sekarang beragama Islam, kerana raja juga, mubaligh kristian di zaman penjajah tidak dibenarkan memurtadkan orang-orang Melayu (sila rujuk sejarah bagi yang gagal subjek ini), begitu juga hak-hak orang melayu dan bumiputra dalam perlembagaan dikunci dengan kesemua 9 raja-raja Melayu, tidak akan boleh diubah walaupun 8/9 bersetuju. Rasionalnya seorang senang untuk dipujuk tetapi jika kesembilan-sembilan agak susah.

Namun sayangnya sejak kes sultan Johor bida no plate kereta hari tu, ia dicetuskan seorang Cina meroyan lalu dijawab oleh sultan maka marahlah geng-geng si meroyan ini, walhal duit itu duit dia, hasil duit no itu akan masuk perbendaharaan negara dan dipulangkan kembali kepada rakyat dalam bentuk gaji atau kemudahan awam juga, so apa masalahnya?.

Si meroyan sudah diam tetapi kawan-kawannya terus menerus membakar emosi rakyat membenci Raja Melayu, hingga ada guru mensetankan sultan Johor di dinding fbnya untuk mendidik anak muridnya benci sultan. Jika sitem beraja jatuh, sukalah komunis, nanti senanglah nak ubah perlembagaan.

Hingga kini bloggers seperti jalanpulang1978.blogspot.com dan kerajaanrakyat.blogspot.com seperti mengiystihar perang keatas kesultanan Johor dengan terus menerus membakar api kebencian terhadap kesultanan itu dalam post-post mereka seperti yang disenaraikan di bawah.

Tapi apa hendak diharikan mereka memang spesis taksub hingga sanggup cerai isteri atau pulau majlis perkahwinan kerana politik. Apa yang dikesalkan ialah kenapa tiada tindakan daripada KDN dan DS Hishamuddin? Jika mereka menghina Government of the day itu tidak apa sebab government of the day dipilih rakyat, tetapi jika ia menghina sultan samalah seperti menghina simbol-simbol Melayu yang lain seperti bahasa Melayu, keris dan songkok.

Jika Thailand boleh memenjarakan rakyatnya dan rakyat asing yang menhina raja mereka kenapa di Malaysia penderhaka-penderhaka ini tidak diambil tindakan? sekurang-kurangnya, didenda atau dipecat jika berkhidmat dengan perkhidmatan awam dan keturunannya disenarai hitam? Biar mereka kerja dengan syarikat cina.

Setakat ini bangsa lain sudah menghina bahasa Melayu, budaya Melayu (songkok dan Manoharan) tetapi hina Raja-raja Melayu masih berani-berani kucing (kes Perak), jangan nanti mereka hilang rasa hormat kerana melihat bangsa Melayu sendiri pun memperlekehkan simbol-simbol bangsanya.

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”