Thursday, 26 July 2012
Intip janda di Facebook
KUALA LUMPUR: “Sempena ‘hadiah’ Ramadan untuk suami yang kaki perempuan dan gemar bersekedudukan dengan janda, saya sendiri mengupah penyiasat persendirian membuat intipan sebelum menghubungi jabatan agama untuk menangkapnya.
“Bukan apa, semua ini bagi memastikan dia insaf dan sekurang-kurangnya saya tenang di bulan mulia ini,” kata Aishah, 43, isteri seorang pengusaha minyak di Kajang yang kecewa sejurus mengetahui suaminya bersekedudukan dengan seorang janda di sebuah rumah di Bukit Jelutong, Shah Alam, dekat sini, sejak lima bulan lalu.
Menyedari perbuatan itu, Aishah yang tidak tahan dengan sikap suaminya menghubungi Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk menyerbu rumah terbabit, Jumaat lalu, sehari sebelum Ramadan bermula.
Aishah berkata, insiden menimpanya itu bukan kali pertama berlaku sebaliknya kali ketiga sejak dia berkahwin dengan suaminya lebih 17 tahun lalu.
“Kegilaan suami bermula pada 2000 sejurus menjalinkan hubungan sulit dengan wanita lain diikuti pada 2009 apabila bercinta dengan pembantu rumah sendiri.
Labels:
News
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment