Monday, 9 July 2012

Nabil Raja Lawak Dibandingkan Suami Irma Hasmie?





Biarpun pelakon dan pengacara, Irma Hasmie telah selamat mendirikan rumahtangga dengan pasangannya, Redza Syah Azmeer pada 29 Jun yang lalu, namun nama bekas kekasihnya , Nabil Raja Lawak masih lagi dikaitkan dengannya oleh beberapa pihak.

Apa tidaknya, ada yang cuba membandingkan suami Irma Hasmie dengan Juara Raja Lawak Musim 2 tersebut. Tidak kurang juga yang mendakwa suami Irma Hasmie jauh lebih baik daripada Nabil.

Ketika dihubungi murai.com.my, Nabil Raja Lawak berkata, dia akui langsung tidak terkesan dengan apa sahaja dakwaan tersebut kerana dia kini telah pun bahagia dengan kehidupannya sendiri bersama isteri tersayang.

"Saya rasa, ianya tidak memberi apa-apa kesan kepada saya kerana saya sudah lama tiada kena mengena dengan kehidupannya. Lagipun, saya punya keluarga saya sendiri.

"Jika benar seperti dakwaan orang itu, baguslah untuk Irma dan sebagai orang yang pernah mengenali dirinya saya doakan semoga dia bahagia dan cepat-cepatlah timang cahaya mata," katanya yang telah pun mendirikan rumahtangga dengan wanita pilihannya, Nazirah Ayob sejak setahun yang lalu.

Nabil dan Irma sebelum ini pernah menjalin hubungan cinta selama tiga tahun bersama, namun cinta mereka putus di tengah jalan.
Nabil yang hanya terima apa jua pandangan yang diberikan terhadap dirinya berharap pihak yang bijak menilai dirinya itu akan dapat memberikan tunjuk ajar kepada yang lain supaya menjadi lebih baik.

"Saya rasa, kalau pihak tersebut boleh menilai diri saya sudah tentu dia seorang yang sangat bagus. Jika begitu, saya rasa lebih baik dia ajar dan ajak saudara terdekatnya untuk menjadi lebih baik daripada menilai orang lain tanpa mengenali seseorang itu," tegasnya.
Dalam pada itu, Nabil yang kini bertugas sebagai penyampai radio Suria FM memberitahu, dia sudah semakin teruja untuk menyambut kelahiran orang baru biarpun isterinya baru sahaja hamil empat bulan.

"Saya akui teruja untuk menimang cahaya mata pertama. Selama dia hamil, rasanya saya pula yang lebih terasa penat dan mengidam bermacam-macam berbanding dia.

"Pelik juga sehinggakan saya kini lebih kerap dan suka makan daging kambing pula," tambahnya yang melangsungkan perkahwinan pada 30 September tahun lalu.

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”