Negara Barat Cipta Serangga Kecil Sebagai Pembunuh : Berita yang jarang diketahui, negara barat mula mencipta serangga kecil menjadi senjata pembunuh.
Satu laporan menunjukkan bahawa tentera AS dan negara barat lain telah menghabiskan berbilion-bilion dollar untuk membina serangga atau pesawat pengawasan tanpa pemandu ini.
Bukan setakat itu, malah mereka turut mengembangkan pesawat mikro yang akan hadir dalam sekumpulan serangga sebagai perisik bersaiz kecil yang mampu terbang seperti serangga semulajadi.
Beberapa sumber internet yang dihimpun dari pelbagai pasukan penyelidik di Johns Hopkins University dengan kerjasama Pejabat Penyelidikan Ilmiah Tentera Udara AS di Wright-Patterson Air Force Base di Arlington, Virginia, mengatakan bahawa mereka sedang mengembangkan apa yang mereka sebut, kenderaan udara mikro MAV yang akan melakukan tugas perisikan di pelbagai tempat dan negara.
Robot serangga super mini ini juga boleh dikendalikan dari jarak jauh dan dilengkapi dengan kamera dan mikrofon built-in.
Walaupun peranti perisikan baru ini mempunyai kemampuan untuk mendarat tepat pada kulit manusia, dengan menggunakan super-mikron jarum bersaiz kecil untuk mengambil sampel DNA dan terbang lagi dengan kelajuan tinggi.
Mangsa hanya akan merasa sedikit rasa sakit seperti gigitan nyamuk tanpa sensasi terbakar dan bengkak.
Drone serangga super surveilans ini sukar dikesan dan juga boleh menyuntik racun melalui pengenalan frekuensi radio mikro RFID sebagai peranti pengesan yang boleh menyusup di bawah kulit, dan dapat menyuntik racun ke tubuh musuh jika berlaku peperangan.
Pada awal tahun 2007, kerajaan AS dituduh secara diam-diam mengembangkan perisik serangga robot tersebut ketika para penunjuk perasaan anti perang di Amerika Syarikat menyaksikan beberapa benda terbang mirip dengan pepatung atau helikopter melayang-melayang di atas kepala mereka
AS tidak sendirian dalam membuat drone ini, terdapat negara seperti Perancis, Belanda dan Israel juga mengembangkan peranti yang sama.
Perancis juga telah mengembangkan kepakan sayap dengan bio-terinspirasi drone mikro. Sementara badan Netherlands BioMAV Biologically Inspired AI for Micro Aerial Vehicles juga telah mencipta drone burung Kakak tua AR.
Sementara itu, Israel Aerospace Industries IAI telah menghasilkan pesawat berbentuk kupu-kupu, beratnya hanya 20 gram, yang kemampuannya dapat mengumpulkan semua data perisikan yang disimpan di dalam bangunan.
Drone serangga AS pula dilengkapi dengan kamera 0,15 gram dan kad memori, dikawal dari jarak jauh dengan helm khusus. Mengenakan helm, pegawal serangga ini akan mendapati diri mereka berada didalam “badan kupu-kupu” dan melihat melalui drone tersebut tepat seperti pesawat pemantau yang lain. – Harakah Daily
Negara Barat Cipta Robot Kecil Sebagai Pembunuh
No comments:
Post a Comment