Thursday 2 August 2012

Nike Mag :Kasut Dari Back To The Future II Kini Realiti (11 Gambar)

Nike Mag ialah kasut yang dipakai Marty McFly pada tahun 2015 didalam Back to The Future II. Nike semalam mengumumpan 1500 pasang kasut ber LED ini akan dilelong bagi mengumpul dana penyelidikan penyakit Parkinson Michael J Fox. In case anda tak tahu Michael J Fox pelakon yang melakonkan watak Marty McFly kini mengidap penyakit ini. Bidaan sepasang kasut edisi terhadap ini sudahpun melangkaui USD 2500 sepasang. I admit kasut ini kelihatan huduh tapi bagi penggila sneaker edisi khas this thing is a must have. Lampu LED pada kasut ini boleh dicaj dengan charger yang disediakan sekali bila anda membelinya. Yang tak best cuma satu. Nike Mag ini tidak boleh mengikat tali kasutnya secara automatik macam dalam movie walaupun Nike ada memfailkan paten untuk peranti mengikat kasut automatik pada tahun 2009. Kalau ada duit dan memakai kasut bersaiz 10 USA silalah bida di Ebay. Doctor Bong sila beli kalau anda benar pecinta sneakers.



No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”