Thursday, 2 August 2012

Ibu Dakwa Anak Ditampar Guru


Ibu dakwa anak ditampar guru : Seorang ibu dakwa anak ditampar guru hingga hampir pekak, kerana fesyen rambut pelajar tersebut.




Syed Hafiz terbaring ketika menerima rawatan susulan di KPJ Taiping Medical Centre.
KAMPAR – Angkara fesyen rambut mengikut trend terkini seorang pelajar tingkatan 3 didakwa ibunya telah ditampar oleh seorang guru disiplin di sebuah sekolah, di sini.

Norhayati Mansor (40) yang adaah ibu pelajar terbabit berkata, anaknya Syed Hafiz Al Raimi Syed Mohamad Amin (15) ditampar dengan kuat di bahagian telinga kiri oleh guru disiplinnya pada 25 Mei lalu, sehingga menjejaskan pendengaran anaknya.

Dia kesal dengan tindakan menampar kuat anaknya itu dan mendakwa anaknya dihukum hanya kerana gaya rambut mengikut trend terkini yang disembunyikan di sebalik songkok.

“Sikap guru yang tidak mahu bertanggungjawab di atas perkara yang dilakukannya itu membuat saya sangat kecewa.

“Sudahlah permohonan maaf tidak diberikan setelah memperlakukan anak saya sebegitu, dengan saya juga dia tidak mahu berjumpa,”.



Bagi Norhayati, jika benar anaknya itu melakukan kesalahan tidak perlulah menghukumnya hingga cedera demikian.

“Disebabkan kes tersebut saya meminta guru disiplin berkenaan memohon maaf ataupun memilih untuk membayar ganti rugi sebanyak RM6,000 sebagai memberi pengajaran kepadanya.

“Sebaliknya permintaan tersebut dibalas dengan kata-kata kesat oleh guru disiplin terbabit,”.

Mengikut cerita Syed Hafiz (anak), semasa hari kejadian pada sekitar jam 9.30 pagi dia berdiri berhampiran meja kantin sebelum ditampar secara tiba-tiba oleh guru disiplin dari arah belakang sehingga menyebabkan gegendang telinganya berdesing.

Laporan Perubatan dari Pakar Perunding Telinga, Hidung, Tekak dan Pembedahan Kepala dan Leher, KPJ Taiping Medical Center, Dr Lee Kean Teong mengesahkan telah menerima pesakit pada 16 Jun 2012 lalu.

Menurutnya lagi, beliau telah memeriksa Syed Hafiz di Klinik Pesakit Luar Telinga Hidung dan Tekak pada 12 Jun lalu dan sekali lagi pada 15 Jun lalu di Taiping Medical Centre.

“Pesakit didapati ada masalah kurang respon pendengaran dan sakit di telinga kiri sejak 25 Mei lalu di mana pesakit mendakwa ianya selepas dia telah ditampar dengan kuat oleh seorang guru pada telinga kirinya serta mengemukakan satu laporan polis dari Balai Polis Changkat Jering.

“Pemeriksaan klinikal pada 12 Jun lalu mendapati masalah kulat (Otomycosis) pada telinga kiri pesakit terbabit,” menurut Dr Lee Kean Teong.

Masalahtersebut turut mendapat perhatian, Pegawai Pelajaran Daerah Larut, Matang dan Selama (LMS), Kamal Mansur yang memohon maaf atas segala yang berlaku.

Bagaimanapun katanya, ketika kes itu berlaku, beliau belum bertugas di Pejabat Pelajaran daerah ini dan hanya dipindahkan sekitar Jun lalu.

“Beri saya masa untuk menyiasat ke semua data-data serta laporan kes ini. Saya berjanji akan mengadakan pertemuan antara ibu bapa mangsa dan guru terlibat bagi meyelesaikan kes ini,” jelas Kamal.

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”