Thursday, 2 August 2012

Bayi Lahir Dalam Bas Ekspress

Bayi Lahir Dalam Bas Ekspress : Mencipta sejarah, apabila sebuah bas ekspres Dyana menjadi tempat seorang bayi perempuan dilahirkan.



Kisahnya bermula apabila seorang ibu muda yang sarat mengandung cuba menempuh perjalanan lebih 400 kilometer untuk berbuka puasa bersama suaminya di bandar raya ini.

Akibatnya, beliau terpaksa menjadikan bas ekspres yang dinaikinya ‘bilik bersalin’ apabila beliau mengalami sakit perut sebaik tiba di Terminal Bas Inanam, kelmarin.




Norlyn Ajimula, 28, yang bertolak dari Lahad Datu, selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.7 kilogram (kg), kira-kira jam 5.30 petang dan bayi itu dinamakan Dyana Adi, sempena nama bas ekspres dinaiki ibunya, Dyana Express.Ketika ditemui di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas, Norlyn berkata, dia menaiki bas kira-kira jam 9 pagi untuk bertemu suaminya, Adi Mahari, 40, yang bekerja di bandar raya ini.
“Saya tidak mengalami sebarang masalah sehinggalah perut mula berasa sakit ketika bas ini menghampiri pekan Ranau, tetapi sakit berkenaan hilang secara tiba-tiba..
“Saya tidak terfikir untuk bersalin kerana masih terlalu awal selain lama-kelamaan sakit beransur hilang,” katanya.

#Siapa sangka kan, kalau dah nak keluar tu takkan tertahan-tahan lagi dah. Tambahan pula perjalanan dengan bas yang sejauh 400 km. Melantun dan goyangan didalam bas mungkin puncanya. Apapun tahniah buat ibu muda ini.
Bayi Lahir Dalam Bas Ekspress

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”