Satu replika botol arak terbesar telah dibina di Pusat Bandar George Town, Pulau Pinang. Adakah ianya relevan buat masa sekarang?
Kami melihat isu ini lebih kepada isu sensitiviti. Di dalam bulan Ramadhan, replika botol arak tersebut pula dibina bersebelahan dengan replika atau perhiasan yang dibuat untuk sambutan Hari Raya AidilFitri nanti.
Replika tersebut diletakkan dengan 400 botol arak biasa, pastinya menarik perhatian dengan kedudukannya di pusat bandar utama dan di seberang jalan besar. Pendapat kami, pihak bertanggungjawab perlu lebih peka kepada sensitiviti umat Islam pada waktu ini. Septutunya isu-isu sebegini boleh diselesaikan sekiranya ada perbincangan yang telus dibuat.
Apa pandangan anda mengenai replika botol arak terbesar ini? Setujukan sekiranya ia melibatkan sensitiviti umat islam secara keseluruhannya?
No comments:
Post a Comment