Friday, 21 September 2012

Seorang tentera dipenjara kerana mencabul pelajar cantik bawah umur berusia 14 tahun


SINGAPURA - Seorang tentera sepenuh masa berusia 22 tahun dihukum penjara dua tahun kerana mengadakan seks dengan gadis bawah umur. 

Shanurfahmi Shariman, kini menganggur, mengaku bersalah bulan lalu kerana mengadakan seks dengan pelajar sekolah berusia 14 tahun di flatnya di Bedok dan di khemah di sebuah taman, tahun lalu. 


Jenayah itu terbongkar pada Mac tahun ini apabila gadis itu menggugurkan anak ketika kandungannya berusia lima bulan. 

Hakim Mahkamah Daerah, Low Wee Ping berkata, Shanurfahmi sepatutnya tahu perbuatannya itu salah kerana dia sudah mempunyai anak perempuan luar nikah. 

Shanurfahmi tidak disyorkan untuk menjalani tempoh percubaan kerana dia sedar akibat perbuatannya. 

Mahkamah diberitahu, defendan mengambil kesempatan ke atas pelajar sekolah yang masih mentah.

Memasak Guna Seterika

Terdapat ramai manusia yang suka melakukan kerja yang pelik di seluruh dunia di mana mereka merasakan apa yang mereka lakukan itu normal tapi bagi sesetengah orang, itu boleh dianggap sebagai gila..Salah satunya adalah dengan memasak menggunakan seterika..Kalau nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha gambar kat bawah ni..

Gambar di bawah menunjukkan sekumpulan wanita memasak barbeku dengan menggunakan seterika dan menurut mereka ia merupakan salah satu cara memasak yang baru yang sesuai diperkenalkan bagi mereka yang tidak mempunyai dapur di rumah atau pun gas untuk memasak.









(Video) Pelajar Perempuan Ini Bertudung Tapi Minum Arak Dan Merokok



Kalau tengok klip video ni, tak leh nak nafi muka sorang-sorang memang cantik. Kalau tak tahu perangai sebenar, mesti ingat baik dan layak dibuat bini bila besar sikit. Tapi kat belakang, perangai cam babi rupanya. Merokok itu satu hal la…tapi bila minum arak tu dah lain macam. Arak murah apa la diaorang minum tu kan. Apa pun…tinggal kat muka ajelah cantik…yang lain semua gagal…sebijik cam jalang sorang-sorang. Namun nak kat apa…bukan hanya di Indonesia…perangai bebudak macam ni berlaku di serata tempat, termasuk Malaysia.

Bikini Gambar Dewi Hindu Timbulkan Kemarahan Rakyat India..

Mungkin benar kata sebilangan orang, agama bukan lah sesuatu yang boleh dipersendakan sesuka hati..Akibat mempersendakan salah satu Dewi dalam kepercayaan agama Hindu pada pakaian renang wanita, sebilangan besar masyarakat di India mula mengadakan protes membantah perkara tersebut..Kalau nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni.. 




SceneAsia - Pakaian renang yang ditampilkan pada Australian Fashion Week 2011 menimbulkan kemarahan masyarakat di India kerana 'one piece swimsuit' tersebut mempunyai gambar Dewi Lakshmi. Dewi tersebut merupakan tokoh suci umat Hindu, yang menjadi penganut majoriti di India.

Menurut CNN, kemarahan masarakat di India tak terbendung setelah melihat wajah Lakshmi tercetak di bahagian depan dan belakang pakaian renang tersebut. Kemarahan tercermin melalui aksi pembakaran foto-foto rekaan pakaiam renang itu berserta bendera nasional Australia dalam satu aksi protes di Hyderabad Selatan.

Presiden Persatuan Kerjasama Australia-India, Vish Viswanathan, turut mengutuk rekaan pakaian Lisa Blue tersebut. "Sukar dipercayai bahawa ini tidak sengaja. Mereka yang melakukan perkara ini sengaja berbuat demikian bagi mencuri perhatian," ujarnya.

Ia yakin seluruh masyarakat India berasa kecewa. Lebih dari 200,000 orang India yang tinggal di Australia juga turut tersinggung dengan rekaan pakaian renang dari Lisa Blue ini.

Lisa Blue juga dikatakan pernah tinggal di India sebelum kembali semula ke Australia. Ini menimbulkan lagi kekecewaan kerana dia seharusnya tahu berapa besarnya cinta masyarakat India terhadap dewi kekayaan, kesuburan, kemakmuran, keuntungan, kecantikkan, keadilan dan kebijaksanaan tersebut.

Berhubung perkara itu, Lisa Blue turut meminta maaf kepada masyarakat India atas kekecohan yang muncul akibat rekaan nya itu. Menurut Lisa, lukisan Dewi Lakshmi pada pakaian renang nya itu hanya untuk menunjukkan perbezaan dari karya nya yang lain.

"Kami meminta maaf kepada sesiapa yang tersinggung dan menyarankan untuk tidak menggunakan lukisan Dewi Lakshmi untuk koleksi terbaru pakaian renang rekaan Lisa Blue. Kami akan menghentikan semua produksi dari rekaan tersebut, tidak akan ada satu pun rekaan tersebut di seluruh dunia," ujarnya melalui akaun Facebook peribadinya seperti yang dicatat oleh Daily Mail.

Pada koleksi kali ini, Lisa Blue akan mengambil tema berbeza iaitu wanita masa depan yang seksi, cantik, kuat dan mengambil berat dengan persekitaran sekeliling.

Laman Web Sydney Morning Herald telah melakukan undian terhadap koleksi-koleksi Lisa Blue. Sekitar 46% mengatakan rekaan cantik, 17% mengatakan menarik, 14% tidak menyukainya, dan 23% mengatakan rekaan tersebut berisiko.

WANITA INI JUAL AIR GANTUNG DAN PELANGGAN PULA JADI BABY


Gaya seorang penjual lemonade di tepi pantai. Pendapatan mencecah $250 dalam sehari atau Rm770.65. Macam-macam Bisnes Sekarang

12 GAMBAR SEBELUM DAN SELEPAS PHOTOSHOP ARTIS POPULAR












Tutorial Korek Hidung

Ianya sangat mudah. Anda hanya perlu Korek , Gentel , Tekan , dan Lantunkan . Muahaha. Entah dari mana dapat idea nak buat entry merapu nih. Lukis punya lukis tuh lah hasilnya. Harap Tutorial ini membantu pada yang tak reti merasakan nikmat korek hidung.


Thursday, 20 September 2012

Lelaki Mengaku Rebus Isteri 4 Hari


Lelaki Mengaku Rebus Isteri 4 hari : Gila, itulah yang mampu di ucapkan bila seorang lelaki mengaku merebus mayat isterinya sendiri selama 4 hari.

  Gambar Hiasan
LOS ANGELES – Seorang chef  telah menggunakan kelebihannya dengan mengaku merebus mayat isterinya secara perlahan-lahan selama empat hari sebelum menyembunyikan tulang wanita itu di kediaman ibunya, tiga tahun lalu.

David Viens memberikan kenyataannya itu semasa dirawat di hospital pada Mac 2011 selepas terjatuh ke dalam curam sejauh 24.4 meter di Rancho Palos Verdes, apabila menyedari namanya disenaraikan sebagai suspek utama kes kehilangan isterinya, Dawn Viens, 39, lewat 2009.

“Di atas beberapa sebab, secara tiba-tiba saya menjadi ganas,” katanya kepada pegawai penyiasat Richard Garcia, sambil mendakwa isterinya pernah melarikan diri ke kawasan pergunungan 16 bulan lalu kerana enggan memasuki pusat pemulihan dadah.

Viens hadir pada perbicaraan kesnya di Mahkamah Tinggi Los Angeles, kelmarin, berkerusi roda memberitahu dia telah memasukkan mayat isterinya ke dalam tong yang diisi 55 gelen air mendidih, sebelum menenggelamkan mangsa dengan pemberat dan menyebatikan daging mangsa dengan bahan buangan lain sebelum menghapuskannya.


[Video] Bila Avengers Lapar


[Video]Wanita Ditangkap Curi RM6,000 Di Rumah Pengantin Di Johor



Kalau dengar nada suara macam perempuan Indonesia. Namun penulis tidak pasti sepenuhnya mengenai hal itu.

Pastinya, cara yang digunakan memang hina dengan membawa seorang anak kecil untuk mengaburi mata orang ramai.

Menurut laporan akhbar sebelum ini, sudah ada beberapa kes yang hampir sama dengan kebanyakkannya berlaku di selatan tanahair.

Berikut adalah keterangan yang diberikan pihak yang memuat-naik video hampir 1 minit.
“Kejadian Berlaku Pada 15 September lalu Di Johor.

Wanita Ini Tertangkap Ketika Mencuri Hampir RM6000 Ketika Keluarga Pengantin Sedang Sibuk Melayan Tetamu… Pandai Pula Bawa Anak Sebagai “Perisai”… Jadikan iktibar….”


Gadis dir@gol ketika hadiri temu duga



Kuala Lumpur: Seorang gadis lepasan institut pengajian tinggi (IPT) bukan hanya disamun, malah turut dirogol ketika menghadiri temu duga di Taman Segar, Cheras, dekat sini.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 7 petang Sabtu lalu ketika mangsa berusia 22 tahun menghadiri temu duga sebagai jurujual di sebuah hotel murah di taman perumahan itu.
Janji gaji RM400 sehari
Hasil siasatan mendapati mangsa mengetahui tawaran kerja sebagai jurujual melalui satu laman web, yang menjanjikan gaji RM400 sehari, tidak termasuk faedah lain.
Terpengaruh dengan tawaran itu, mangsa kemudian menghadiri temu duga di sebuah hotel di Taman Segar, Cheras seorang diri sebelum disamun dan dirogol, katanya pada sidang media, semalam.
Beliau berkata, kejadian itu yang kedua dalam tempoh tidak sampai tiga bulan, menggunakan modus operandi sama, selepas kes pertama dilaporkan akhir Julai lalu membabitkan mangsa berusia 23 tahun.
Kita tidak menolak kemungkinan kedua-dua kes ini didalangi suspek sama. Polis sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kaunter pendaftaran hotel berkenaan bagi mengenal pasti identiti suspek, katanya.
Berikutan itu, Khairi berkata, polis sedang mengesan seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an bagi membantu siasatan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan individu terbabit diminta menghubungi balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat Inspektor Izhamaz Niza Abdul Hamid di talian 03-21460522 (sambungan 167).
Kes ini disiasat mengikut Seksyen 376 dan 392 Kanun Keseksaan, masing-masing atas kesalahan rogol serta melakukan rompakan, katanya.

Yuna Kini Berstatus “Single But Not Available”



Penyanyi yang sedang mencipta nama di Amerika Syarikat, Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai hari ini telah mengakui hubungan dengan pengacara dan pelakon Qushairi Razali atau Qi kini tidak seperti dahulu.

Menurut Yuna, dia dan Qi mengambil telah sepakat bagi tidak terikat dengan sebarang komitmen untuk memberi perhatian kepada karier masing-masing.

“Saya akui sekarang ini we are taking a break from our relationship. Keputusan tersebut kami buat kerana ingin memberi tumpuan kepada karier masing-masing. Lagipun susah, sebab saya di sana (Amerika Syarikat) dan dia (Qi) di sini. Saya hormati keinginan dia, dan dia juga hormati keinginan saya. Kami saling memahami serta percaya keputusan tersebut memberi ruang kepada kami bagi melakukan perkara yang sepatutnya. Bagaimanapun, kami masih berkawan serta ada hubungan yang baik seperti dahulu. Saya pun baru sahaja berjumpa dengan Qi dua, tiga hari lalu”

Pada masa yang sama, Yuna juga mengakui jarak yang memisahkannya mereka adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada perpisahan mereka.

“Saya mula rasa susah bagi teruskan hubungan kami sejak akhir-akhir ini. Jarak jauh memang menyulitkan buat kami saling berhubungan. Jadi, adalah lebih baik kami beri ruang kepada diri masing-masing. Lebih baik tidak ada sebarang komitmen buat masa ini. Qi boleh mencari teman wanita lain jika dia inginkan begitu. Sama juga seperti saya. Tetapi saya lebih suka mengatakan status saya kini single but not available. Not available kerana saya sedang terikat dengan kerja. Saya tidak punya masa banyak memikirkan soal cinta buat masa ini. Keutamaan saya adalah pada kerja”

Sebelum mengakhiri perbualan, Yuna sempat berpesan kepada peminat supaya mendoakan yang terbaik buat dirinya dan juga Qi.

“Saya tahu ramai yang menginginkan hubungan kami berjaya sehingga ke jinjang pelamin. Jadi, doakanlah yang terbaik buat kami. Tetapi apa yang boleh saya katakan, kalau ada jodoh, adalah. Kami tidak boleh mengembirakan semua orang. Sebaliknya, kami juga perlu gembirakan diri sendiri,”

Majalah Di Perancis Siar Kartun Nabi, Umat Islam Bertambah Marah


Sementara protes berhubung filem Innocense of Muslims masuk minggu kedua, sebuah majalah satira Perancis, Charlie Hebdo pula menerbitkan karikatur Nabi Muhammad SAW hari ini sehingga membawa kepada kritikan pihak berkuasa negara itu dan menambah kemarahan umat Islam.
Perkembangan itu menyebabkan polis rusuhan terpaksa dikerah untuk melindungi pejabat majalah tersebut.
Muka depan majalah terbabit yang menunjukkan Yahudi Ortodoks menolak serban seorang individu yang digambarkan sebagai Nabi Muhammad, malah beberapa gambar didalam majalah tersebut turut diletakkan termasuk gambar bogel.


Editor majalah itu berkata pihaknya “akan mengejutkan” mereka yang mahu dikejutkan.
Majalah tersebut dikeluarkan ketika bantahan yang meruncing terhadap filem anti – Islam tersebar di internet. Menteri Luar Perancis, Laurent Fabius mengutuk keputusan Charlie Hebdo yang bersifat provokatif dan telah mengarahkan untuk meningkatkan kawalan keselamatan di pejabat diplomatik di negara-negara Islam.
Editor majalah tersebut, pada asalnya seorang kartunis yang menggunakan nama Charb, nafi melakukan provokasi terhadap perkara tersebut.
“Ia adalah satu kebebasan akhbar, adakah ia satu provokasi?” katanya.
“Saya tidak menyuruh masyarakat Islam untuk membaca Charlie Hebdo, seperti mana saya tidak akan pergi ke masjid untuk mendengar khutbah, mendengar perkara yang saya sendiri tidak percaya,” katanya.
Seorang imam besar masjid di Paris, Dalil Boubakeur menyeru empat juta umat Islam di Perancis agar bertenang.
“Ia adalah satu kekeliruan, kesedihan dan kebimbangan yang telah saya lalui, di mana ia menambah lagi kemarahan umat Islam yang berlaku sekarang di seluruh negara Islam,” kata beliau.
“Saya merayu kepada mereka agar untuk tidak mencurah minyak dalam api yang sedang marak,” katanya.
Majlis Islam Perancis turut memohon umat Islam agar bertenang.

Wednesday, 19 September 2012

Nasib perogol di jordan

Kisah seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang diculik dan dirogol berkali-kali selama tiga hari menyebabkan rakyat Jordan berasa marah, apatah lagi apabila penyerangnya bersetuju untuk mengahwini remaja itu untuk mengelak daripada dipenjara.

Dalam masyarakat Islam konservatif seperti di Jordan, perogol boleh lepas bebas mengikut Kanun Keseksaan Artikel 308, yang dikenali sebagai “undang-undang perogol.”

April lalu, remaja yang tidak didedahkan identitinya keluar membeli belah di bandar Zarqa, di mana seorang lelaki berusia 19 tahun menculiknya dan membawanya ke padang pasir di mana dia mendirikan khemah, kemudian merogol remaja itu selama tiga hari berturut-turut, menurut sumber kehakiman.

Polis menemui remaja itu ketika membuat rondaan rutin dan membawanya pulang. Mereka menahan lelaki itu.

Tetapi dalam beberapa hari, terdapat berita yang lelaki itu bersetuju mengahwini remaja itu dan semua tuduhan terhadapnya digugurkan.

Awal bulan ini, AFP melaporkan, seorang remaja perempuan berusia 15 tahun diajak untuk mengikut seorang lelaki ke sebuah apartmen di Amman di mana dia juga di rogol.

Sumber kehakiman berkata, lelaki itu sekarang cuba sedaya upaya untuk berunding dengan keluarga mangsa, mengahwini gadis itu untuk mengelak daripada dipenjara.

Artikel 308 membenarkan tuduhan merogol digugurkan sekiranya perogol bersetuju untuk mengahwini mangsa.

Dia tidak boleh menceraikan isterinya selama lima tahun.

Ketua Kesatuan Wanita Jordan, Nadia Shamrukh berkata, “Akta dalam undang-undang ini bukan saja membenarkan pesalah bebas, tetapi membenarkan mereka mengahwini mangsa.” 

Apa Yang Berlaku Atas Bangunan Tinggi

Pihak berkuasa USC melancarkan siasatan setelah mendapati beberapa mahasiswa kantoi melakukan hubungan seks di bumbung sebuah bangunan pencakar langit di USC. Gambar-gambar ini menunjukkan seorang mahasiswa dan seorang wanita melakukan hubungan seks dengan pelbagai jenis posisi di atas bangunan Waite Phillips Hall di Los Angeles.










Buah Yang Paling Pelik Bentuknya


Mungkin ini adalah jenis buah yang paling lucah di dunia, tanaman unik ini tumbuh di vietnamm dan masyarakat setempat menyebutnya sebagai buah loofah. Yang unik dari buah ini adalah bentuknya sangat mirip dengan payudara, berwarna "blue", uniknya lagi pada bahagian hujungnya terdapat puting yang sangat mirip dengan puting payudara.

Saya potong gambar ini pada bahagian hujungnya, orang pasti akan menyangka bahawa ini adalah gambar payudara gadis Namun setelah di lihat secara lengkap kita akan melihat bahawa ini adalah bahagian hujung dari buah loofah tersebut.










OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”