Thursday, 6 September 2012

Remaja 15 tahun muat naik video s@ks bersama teman yang baru berusia 13 tahun!



Seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun telah mengadakan hubungan seks dengan rakan sekolah perempuannya yang berusia 13 telah merakamkan video kelakuan mereka tanpa pengetahuan pasangannya dan memuat naik video tersebut ke internet.

Semalam, remaja tersebut yang kini berusia 17 tahun, mengaku bersalah terhadap 21 pertuduhan kesalahan melakukan hubungan seks bersama gadis bawah umur, mencabul kehormatan, perlakuan jenayah, memiliki video lucah dan mencuri tiga buah basikal.

Penolong Pendakwa Raya, Kavita Uthrapathy berkata, ianya jelas remaja lelaki berkenaan telah melakukan hubungan seks hanya untuk memuaskan hawa nafsunya.

“Jika beliau benar-benar menyintai remaja perempuan itu sebagai kekasihnya, beliau tidak akan merakamkan aksi seks mereka berdua tanpa pengetahuan pasangannya apatah lagi memuatnaik video tersebut ke internet. Beliau juga memperlihatkan sikap sebenar dirinya apabila fail video tersebut disimpan atas nama “Bitch”,” katanya.

Menurut laporan yang diterima mahkamah, kedua-duanya bertemu pada kejohanan bola lisut pada Januari 2009.

Ketika itu, remaja perempuan itu baru berusia 13 tahun manakala remaja lelaki tersebut berusia 15 tahun.
Pada Februari 2010, remaja lelaki tersebut telah memujuk remaja perempuan itu melakukan seks oral terhadapnya. Sejak dari itu, hanya perlakuan tersebut yang remaja lelaki tersebut mahu darinya.
Dalam satu kejadian, lelaki berkenaan telah merakamkan aksi remaja perempuan tersebut melakukan seks oral tanpa pengetahuannya.

Beliau kemudian memuatnaik klip video tersebut ke internet dengan meletakkan tajuk “Singapore teen b****”, sambil mendedahkan nama dan nombor telefon remaja berkenaan.

Pada Julai tahun tersebut, ketika remaja perempuan tersebut menolak untuk lakukan seks oral terhadapnya, beliau telah mengugut untuk memuatnaik video tersebut. Akhirnya remaja perempuan tersebut menuruti kehendak lelaki berkenaan tanpa menyedari video tersebut sudah pun dimuatnaik ke internet.
Remaja perempuan tersebut kemudiaanya mula menerima panggilan telefon yang pelik dari orang yang tidak dikenali memberitahunya mereka telah menonton videonya sambil meminta beliau lakukan seks oral kepada mereka.

Remaja itu kemudian menafikan telah memuatnaik mana-mana video ke internet.

Pasangan tersebut kemudiaanya berpisah dan apabila mereka bertemu semula pada Disember 2010, remaja lelaki berkenaan sekali lagi berjaya memujuk beliau untuk lakukan hubungan seks di dalam tandas di sebuah kolam mandi di kondominiumnya.

Sehingga sekarang, pembelajaran terganggu hinggalah dia membuat pengakuan kepada seorang guru. Pihak sekolah kemudiannya melaporkan perkara tersebut kepada ibu bapa remaja perempuan tersebut dan laporan polis dibuat pada May tahun lepas.

Pada bulan tersebut juga, remaja lelaki tersebut telah mencuri tiga buah basikal dari jirannya. Pemilik salah sebuah basikal terlihat basikalnya telah diiklankan untuk jualan di internet dan terus membuat laporan polis.

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”