Friday, 21 December 2012
Apakah kehendak wanita di dalam hubungan?
Berikut disenaraikan kehendak wanita dari segi seks. Sumbernya adalah dari aduan kaum wanita sendiri akibat kecewa dengan sikap lelaki. Ianya bukan bermaksud seorang wanita itu mahukan kesemua yang disenaraikan, ianya bermaksud wanita itu ada berbagai kehendak dari segi ini dan masing-masing punya keperluan yang berbeza:
* Lelaki patut lebih ceria semasa melakukan seks.
* Makan malam bersama dan bersuap-suapan makan ke mulut pasangan sebelum melakukan seks.
* Tidak suka lelaki menghimpit kerana sukar bernafas.
* Gembira jika inzal tapi tak perlu inzal untuk merasa puas, asalkan suami dapat beri kemesraan.
* Tidak suka lelaki yang pentingkan dir sendiri. Suka lelaki yang ambil berat tentang kehendak pasangan.
* Gembira jika lelaki dapat menenangkan hatinya sebelum melakukan seks.
* Suka jika lelaki melayaninya seolah-olah mereka melakukan seks buat pertama kali. Lelaki itu patut mengasihi serta lemah-lembut.
* Merasa gembira bila lelaki memuji bahagian demi bahagian dari tubuhnya. Gemar melakukan diwaktu pagi.
* Suka berendam dalam air sebelum melakukan seks.
* Gemar jika lelaki bergilir-gilir melakukannya sekali untuk pasangannya, kemudian untuk dirinya pula.
* Gembira jika dipanggil dengan nama-nama manja sebelum melakukannya.
* Benci bila melakukannya setelah selesai saja makan malam.
* Tidak suka lelaki yang gelojoh di atas ranjang, sepatutnya bertenang dan jangan terkejar-kejar tidak tentu hala.
* Tidak akan merasa jemu mendengar lelaki memuji betapa jelitanya dia.
* Gembira jika lelaki menumpukan perhatian pada dirinya bila melakukan seks, bukan pada benda lain.
* Tidak suka jika lelaki memakai minyak wangi yang tidak sedap baunya.
* Suka jika lelaki memberitahunya apakah yang telah dilakukannya dengan betul, bukan hanya kesalahannya.
* Gemar jika lelaki yang membukakan pakaiannya.
* Suka berjanji dulu pada hari bila dan waktu bila mahu melakukannya, dan janji itu perlu ditunaikan.
* Gembira jika lelaki menunjukkan kasih sayang setelah melakukannya melebihi masa sebelumnya.
* Suka melakukannya dalam suasana udara yang hangat.
* Gemar hanya melakukan di atas ranjang.
* Tidak gemar bila lelaki menunjukkan kegagahan dan kekerasan semasa melakukannya.
* Gembira mendengar sesuatu yang menghairahkan dikatakan oleh lelaki sebelum melakukannya.
Labels:
Sensasi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment