Friday 21 December 2012

Makanan Yang mampu Menaikkan N@fsu Lelaki



Berikut antara sumber makanan yang dikatakan mampu menaikkan dan merangsang keinginan seks serta menguatkan keupayaan seorang lelaki.

Asparagus
Ada yang mengatakan asparagus menjadi makanan afrodisiak kerana bentuknya. Namun kebenarannya, asparagus kaya dengan vitamin E yang mana ia boleh merangsang hormon seks, menguatkan tenaga batin dan menambah stamina. Mengambil asparagus, ia membantu memulihkan prestasi seks.

Pisang
Sesetengah masyarakat di dunia percaya pisang makanan afrodisiak kerana bentuknya. Namun apabila melihat dari segi pemakanan, pisang kaya dengan potasium dan vitamin B. Kedua-dua bahan penting itu adalah untuk menghasilkan hormon seks.

Enzim bromelain yang terdapat di dalam pisang memang sudah dibuktikan boleh meningkatkan libido lelaki. Jika dibandingkan dengan makanan lain, pisang membekalkan paling banyak potasium.

Lobak Merah
Rahsia kekuatan lelaki adalah pada jus lobak merah. Sejak zaman Greek purba lagi, lobak merah telah digunakan sebagai makanan afrodisiak. Lobak merah boleh meningkatkan libido lelaki kerana ia membekalkan sejenis sebatian yang menyerupai estrogen untuk merangsang keinginan seksual. Lobak merah juga kaya dengan beta karotena, sodium, potasium, zat besi, vitamin A, C dan B.

Avokado
Avokado adalah sumber 13 mineral penting termasuk besi, magnesium dan kuprum yang bergabung untuk membina dan membaik pulih sel darah merah. Avokado merupakan buah yang membekalkan vitamin B yang paling tinggi. Antara vitamin B yang dibekalkan ialah folat, pyrodoxine (B6) dan pontothenic (B5). Vitamin B6 yang terkandung dalam avokado boleh meningkatkan pengeluaran hormon untuk merangsang seksual lelaki.

Coklat
Coklat antara makanan yang paling disukai sebagai afrodisiak. Coklat mengandungi phenylethylamine yang juga dikenali oleh sesetengah penyelidik sebagai ‘love chemical’. Ia memberi kesan yang sama seperti endorphin iaitu menyeronokkan, rasa selesa dan menggembirakan seperti dilamun cinta.

Penyelidik percaya coklat mengandungi bahan kimia yang memberi kesan neurotransmitter kepada otak. Selain itu, ia juga mengandungi serotonin untuk menenangkan fikiran. Manakala kandungan methylxanthines bertindak meningkatkan deria sensitif tubuh pada sentuhan walaupun sekadar sentuhan
yang lembut.

Tiram
Ada juga yang percaya makanan laut seperti tiram boleh meningkatkan rangsangan seks kepada lelaki. Tiram mentah mengandungi kandungan zat besi yang tinggi iaitu salah satu mineral yang diperlukan untuk meningkatkan pengeluaran hormon testosteron dan menambah jumlah sperma lelaki.

Tiram bukan saja berguna untuk lelaki tetapi juga untuk wanita kerana hormon testosteron juga dipercayai boleh merangsang libido wanita. Tiram juga mengandungi dopamine iaitu hormon yang boleh menaikkan ghairah seks dan merangsang kepuasan seksual.

Bawang Putih
Baunya mungkin ramai yang tidak suka kerana terlalu kiat. Namun jika ditanya tentang khasiatnya memang ramai yang mengaku kehebatannya sebagai makanan afrodisiak. Kehangatan bawang putih boleh mencipta keinginan seksual yang memuncak. Sebenarnya bawang putih mengandungi alicin yang boleh melancarkan perjalanan darah ke organ seksual untuk meningkatkan libido.

Daun Dan Batang Saderi
Saderi atau daun sup mengandungi beberapa zat penting seperti vitamin A, B1, B2, B3, C dan E, kalsium, zink dan banyak lagi. Daunnya mengandungi asid folik, karotena dan vitamin C. Manakala bijinya mempunyai flavonid, sedanolid dan minyak esen yang terdiri daripada asid elinoleik, asid oleik, asid palmitik, asid petroselinik dan asid resinik.

Biasanya sedari dimakan sebagai ulam ataupun sebagai bahan campuran di dalam sup. Saderi termasuk sebagai makanan afrodisiak yang sering diamalkan oleh masyarakat Melayu. Menariknya tentang saderi ini kerana ada kandungan sebatian androston di dalamnya. Ia adalah sejenis hormon yang tidak berbau biasanya dikeluarkan melalui peluh lelaki.

Badam
Badam dikatakan amat bermanfaat kepada lelaki kerana mengandungi asid lemak yang tinggi berfungsi untuk pengeluaran hormon lelaki dan boleh menambah pengeluaran sperma selain membantu meningkatkan kesuburan.

Badam padat dengan gizi dan kaya dengan beberapa kandungan mineral yang penting untuk kesihatan seksual dan reproduksi seperti protein, serat, kalsium, magnesium, kalium, riboflavin, besi, vitamin E dan antioksida yang tinggi. Badam elok untuk kesihatan jantung kerana apabila jantung sihat dan cekap mengepam darah ke seluruh anggota badan, pastinya ghairah seks yang hilang akan kembali semula

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”