Friday 21 December 2012

Dimana Lokasi Wanita?





Sebelum melakukan hubungan seks, sewajarnya setiap pasangan bermesra atau berasmara dalam tempoh tertentu supaya kedua-duanya sama-sama naik ghairah. Seperti lelaki, wanita juga mempunyai kawasan yang amat sensitif dengan rangsangan yang dikenali sebagai G-Spot.
G-Spot atau titik ghairah ialah satu kawasan misteri yang masih dicari-cari oleh lelaki sejak sekian lama.
Wanita akan memberi reaksi yang tersendiri apabila bahagian ini disentuh. Maka tidak hairanlah kebanyakan lelaki berusaha menjejakinya. Kawasan ini dinamakan G-Spot sempena nama Dr Grafenberg, iaitu orang yang menemui kawasan larangan ini. Menurutnya wanita mempunyai satu kawasan yang sangat sensitif. Apabila G-Spot seseorang itu dirangsang akan menyebabkan wanita berasa kenikmatan luar biasa sehingga mengeluarkan sejenis cecair.

gspot
Menurut kajian Dr Grafenberg, ramai wanita menikmati orgasme pada G-Spot. Mereka akan terangsang apabila kawasan ini disentuh oleh jari atau zakar sehingga mengeluarkan sejenis cecair. Tahap cecair yang dikeluarkan itu berbeza di antara wanita tetapi ia cukup untuk membasahkan tempat tidur. Tetapi sesetengah lelaki pula menganggap wanita ini terkencing. Padahal dia mengalami orgasme yang cukup nikmat.

Sesetengah pakar seperti Dr Ruth Westheimer percaya G-Spot hanyalah titik khayalan wanita. Tetapi bagi mereka yang pernah secara kebetulan melihat reaksi wanita yang mencapai orgasme apabila disentuh pada bahagian G-Spot akan mengakui kebenaran kenyataan itu. Menurut mereka pada peringkat ini, wanita benar-benar terangsang dan kenikmatan yang dicapai sukar diungkapkan dengan kata-kata. Pun begitu, Dr Grafenberg menjelaskan G-Spot dapat ditemui di bahagian dinding dalam vagina di antara mulut vagina hingga ke rahim. Bagaimanapun, lokasi G-Spot setiap wanita berbeza-beza. Ada yang menikmatinya dan tidak kurang yang rasa terganggu apabila disentuh. Malah ada yang berasa seperti hendak kencing. Jadi berhati-hatilah..

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”