Monday, 24 December 2012
Usah lokek untuk memuji isteri
CUBA anda ingatkan dalam tempoh beberapa tahun berumah tangga, berapa kali anda memuji isteri atau pasangan anda mahupun memberikan kata-kata hangat dan mesra kepadanya? memuji isteri
Sebenarnya ramai di kalangan pasangan suami isteri, sebagai contohnya si isteri mahu mendengar pujian daripada si suami. Namun berapa kerat sangatkah individu ini menghamparkan kata-kata berkenaan.
Kalau ada pun mungkin tidak ikhlas datang dari hati atau kata-kata pujian dilontarkan sekadar untuk melihat isteri gembira semula apabila dia merajuk.
Sesekali apa salahnya jika memuji isteri atau suami anda dengan ikhlas berlandaskan jasa dan kebaikan yang telah dia berikan.
Setidak-tidaknya dengan kata-kata pujian yang ikhlas itu biarpun sedikit dapat memberikan makna kepada pasangan dan seterusnya perhubungan anda.
Bukan itu sahaja menerusi kata-kata pujian, seseorang pasangan itu pastinya memberikan respons yang bukan sedikit rasa kebanggaan di jiwanya malahan memberikan sesuatu yang positif kepada perhubungan anda.
Kajian mendapati, memuji isteri biarpun sekali sehari seperti memuji masakannya dapat memberi kesan kepadanya.
Kalau tidak percaya , lakukannya sekarang.
- “Wow, ia memang sesuai untuk sayang.”
Katakanlah isteri anda memakai pakaian atau kasut yang baru dibeli dan dipakai untuk ditayangkan kepada anda ketika keluar untuk ke jamuan.
Sekiranya anda rasa pakaian yang dipakai itu menyerlahkan kecantikannya nyatakan pujian anda dengan tepat mungkin terhadap pakaian atau kasut yang dipakainya atau keseluruhan penampilannya pada waktu itu. Tenung dan renung wajahnya dengan pandangan yang ikhlas dan kasih sayang.
Anda akan melihat wajah isteri anda terpancar warna kemerah-merahan rasa malu tanda seronok.
- “Harumnya bau awak malam ini.”
Pujian terhadap haruman memberikan daya penarik dan rangsangan yang sesuai buat pasangan anda.
Selain kata-kata perangsang ia memberikan keyakinan kepada pasangan anda.
Sudah semestinya selepas ini dia memberikan penampilan yang hebat buat diri anda.
- “Kalaulah saya bertemu dengan sayang lebih awal.”
Pujian ini adalah yang paling disukai pasangan. Ini menandakan anda adalah pilihannya yang paling tepat.
Pancarkan kata-kata ini apabila duduk berdua-duaan sama ada di rumah mahupun di dalam kereta dalam keadaan romantik.
Kata-kata itu dilafazkan dari hati, tenung matanya dan berikan ia satu makna.
- “Sayang, awak lakukannya dengan baik sekali.”
Ini kata-kata pujian untuk isteri atau suami yang baru sahaja memasak menu baru. Pujian ini juga boleh dilontarkan sekiranya pasangan anda memasang sesuatu di bilik tidur secara sendiri atau membaiki sesuatu.
Selain melontarkan dengan kata-kata, makan makanan yang dimasak dengan keadaan makanan itu begitu lazat kerana ia membuka selera anda.
- “Sayang, awak jadikan saya seorang insan yang lebih baik.”
Pujian ini diberikan sekiranya anda meminta pandangan daripadanya dan dia memberikan idea yang sangat positif. Lontaran kata-kata ini memberikan dia satu semangat yang jitu dan rasa kecintaan yang luar biasa.memuji isteri
- “Sayanglah insan yang paling pintar yang pernah saya temui.”
Siapa yang tidak mahu dipuji dengan kata-kata yang kita ini pintar. Terutama apabila melihat isteri membantu anak-anak menelaah dan kita berikan dia sedikit pujian untuk memberikan rasa hormat kita kepada kebolehan isteri, misalnya.
- Peka apa kelebihan yang dia ada pada diri dan personalitinya. memuji isteri
Lain orang lain kelebihannya. Begitu juga dengan pasangan anda pastikan apa yang menjadi kelebihan kepada dirinya yang membuatkan anda semakin sayang dengan dirinya. Pujilah dia dengan kelebihan itu.
- “Selagi sayang bersama, saya rasa seronok untuk hidup.”
Ini juga pujian yang patut dilontarkan oleh suami atau isteri kepada pasangan anda. Kata-kata ini sangat romantik dan memberikan rasa pasangan anda memang dihargai. memuji isteri
Labels:
Sensasi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment