Thursday 3 January 2013

Berpesta Arak 3 Gadis Ditahan


Nilai: Seramai 34 individu beragama Islam termasuk tiga remaja perempuan bawah umur ditahan kerana minum arak pada sambutan tahun baru di sebuah pusat hiburan di sini, malam kelmarin.


Mereka yang berusia 14 hingga 30 tahun itu ditahan dalam Ops Noda Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dan Jabatan Tatatertib Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan.
Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS, Ahmad Zaki Hamzah, berkata operasi bermula jam 10 malam itu dibuat selepas pihaknya mendapat maklumat mengenai pesta arak dianjurkan di premis itu.

“Turut ditahan dalam operasi itu tiga remaja perempuan berusia 14 hingga 17 tahun yang sedang leka berhibur dengan pasangan masing-masing sementara menunggu detik tengah malam.

“Selain itu, kita menahan 27 lelaki dan empat wanita Islam dewasa dan semua mereka akan didakwa mengikut Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan kerana mengambil minuman memabukkan,” katanya di sini.

Ahmad Zaki berkata, mereka boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Katanya, pusat hiburan itu diberi amaran supaya tidak membenarkan pengunjung bawah umur masuk.


Sumber:http://www.fuzore.com/

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”