Thursday 3 January 2013

Pelajar perubatan jatuh tingkat 12

Gambar Hisan

Klang: Seorang pelajar perubatan sebuah institusi pengajian tinggi swasta di sini, maut selepas terjatuh dari tingkat 12 sebuah kondominium di Bandar Baru Klang, di sini, awal pagi semalam.

Billorejoy Benjamin Wee, 21, dari Sabah mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Tinggal bersama 5 rakan

Sepupu mangsa yang hanya mahu dikenali Chris, 25, berkata dia dan sepupunya itu tinggal bersama lima lagi rakan di kondominium berkenaan.

“Kami hanya menyedari kejadian kira-kira jam 8.30 pagi tadi (semalam) selepas dimaklumkan orang ramai ketika kami keluar rumah pagi semalam,” katanya sambil menambah mangsa pulang ke rumah kira-kira jam 12.30 tengah malam kelmarin.


Pelik dompet di ruang tamu

“Kami semua masuk tidur kira-kira jam 2.30 pagi. Apabila bangun, kami mencarinya, tapi tidak jumpa dan pelik kerana dompetnya ada di ruang tamu.
“Kemudian seorang rakan serumah memaklumkan bangku plastik yang berada di tepi tingkap dalam keadaan terbalik dan melihat dia terjatuh,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohamad Shukor Sulong, mengesahkan menerima laporan kejadian itu yang diklasifikasi mati mengejut.

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”