KUALA LUMPUR – Restoran makanan segera, Pizza Hut meraikan
peminat-peminatnya dalam “Sambutan Sejuta Peminat Facebook Pizza Hut”
sempenan dengan kejayaan restoran itu meraih sejuta peminat di laman
sosial Facebooknya.
Sambutan tersebut telah diadakan di restoran Pizza Hut, cawangan Kota Damansara semalam.
Menurut cakap Pengarah Urusan QSR Brands Bhd, pengendali Restoran Pizza
Hut Malaysia, Datuk Ahmad Zaki Zahid, kejayaan meraih sejuta peminat di
Facebook telah mengukuhkan kedudukan Pizza Hut di Malaysia.
Malah, ia juga telah menaikkan nama Pizza Hut seiring dengan jenama-jenama global lain.
“Pencapaian peminat kesejuta ini menunjukkan bahawa Pizza Hut telah
bertapak kukuh sebagai salah satu daripada tiga laman Facebook F&B
Paling Popular di Malaysia,” kata Zaki dalam ucapan perasmiannya di
sini, semalam.
Penubuhan laman Facebook rasmi Pizza Hut merupakan alternatif lain sebagai medium untuk meningkatkan nama restoran tersebut.
Tambah Zaki lagi, dengan adanya medium seperti itu, peminat-peminat
Pizza Hut dapat berkomunikasi secara terus dengan pengurusan restoran
terkemuka itu.
Bukan itu sahaja, ia juga dapat digunakan sebagai tempat untuk berhubung
dan memberikan pandangan tentang perkhidmatan yang disediakan oleh
Pizza Hut.
Lebih menarik lagi, peminat-peminat setia Pizza Hut akan diberikan
ganjaran sekiranya kekal menjadi pelanggan tetap jenama makanan itu.
“Dengan laman Facebook Pizza Hut ini, kami mempunyai saluran komunikasi
langsung dengan para pelanggan di mana kami akan memaklumkan mereka
berhubung sebarang perkembangan terkini dan hadiah-hadiah yang kami
sediakan untuk memberi ganjaran kepada mereka kerana kekal sebagai
pelanggan setia Pizza Hut.
“Di samping itu, para peminat juga berpeluang untuk menyampaikan maklum balas mereka yang amat bernilai bagi syarikat,” katanya.
No comments:
Post a Comment