Bila berbicara tentang kenikmatan dan kepuasan bersama, mesti faktor utama yang dibincangkan adalah posisi yang betul dan teknik dalam persetubuhan. Tetapi tahukah anda terdapat satu lagi faktor yang boleh menentukan tercapai puncak rangsangan iaitu pemilihan waktu. Jadi bilakah waktu yang sesuai untuk bersama isteri supaya ia mudah terangsang dan mencapai puncak kenikmatan.
Menurut penelitian yang dikeluarkan dalam The Journal of Sexual Medicine disebutkan bahawa kira-kira 14 hari setelah kitaran haid adalah waktu yang paling tepat. Wanita yang bersetebuh pada waktu ini cenderung mencapai orgasme.
Pada waktu 14 hari selepas haid, klitoris akan membesar sekitar 20 % dan lebih peka terhadap rangsangan. Dengan demikian, seorang wanita akan menjadi lebih mudah ghairah dan mencapai nikmat.
Sepasukan lain dari Itali yang melakukan penelitian itu melibatkan 24 wanita berusia 18-35 tahun. Menggunakan peralatan ultrasound, klitoris para responden diukur, demikian pula pembuluh darah utama yang mengalirkan darah ke klitoris sehingga timbul ghairah seksual.
Pengukuran melalui ultrasound tersebut dilakukan di awal, tengah, dan akhir kitaran haid. Hasilnya, pada hari ke-14 kitaran haid, ukuran klitoris lebih besar sampai 20 %. Selain itu, pembuluh darah juga cenderung membesar sehingga aliran darah ke organ tersebut lebih lancar.
Hari ke-14 adalah sekitar masa ovulasi sehingga terjadi perubahan pada tubuh. Perubahan itu juga dipengaruhi oleh hormon estrogen. Tak hairanlah jika di masa subur tersebut, kebanyakan wanita menjadi lebih bersemangat berhubungan seks berbanding hari-hari lainnya.
No comments:
Post a Comment