Friday, 15 March 2013

Perceraian Noniswara dengan Datuk Rosman


Semalam, Noniswara dikhabarkan terpaksa menuntut cerai atau memfailkan saman pada bulan Februari lalu kerana rumahtangganya kini sudah bermasalah sejak 7 bulan lalu disebabkan oleh pihak ketiga.



Noniswara berkahwin dengan Datuk Rosman Ridzwan sejak 4 tahun yang lalu.

    "Sepanjang pergolakan rumah tangga kami, saya cuba untuk menyelamatkan perhubungan ini tetapi tiada jalan penyelesaian.

    "Selepas membuat perbincangan bersama, suami bersetuju dengan keputusan saya untuk memfailkan perceraian.

    "Bagaimanapun, pada kes sebutan pertama minggu lalu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, dia pula yang tidak hadir.

    "Sepanjang perkahwinan ini, hubungan kami sangat baik namun apabila pihak ketiga itu muncul dalam kehidupan kami, rumah tangga kami jadi kucar-kacir.

    "Bagaimanapun, saya reda. Mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Nak nangis pun tak guna jika tiada penyelesaian.

    "Lagipun suami tidak pernah menyuarakan hasrat untuk saya bermadu. Jika dia mahu, mungkin kami boleh berbincang. Apa-apa pun saya terima bahawa jodoh kami tidak kekal lama," 

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”