Friday, 15 March 2013
Budak Kena Sembelih(18SG)
NAUZUBILLAH....
ini angkara bapa sendiri..
sesungguhnya budak yang tidak berdosa ini akan ditempat di syurga..
bapa sakit mental, anak jadi mangsa..
manusia skrg mmg perangai pelik2
Seorang bapa yang dipercayai sakit mental menyembelih anak sendiri berusia tiga tahun sebelum cuba membunuh diri di Kampung Sungai Keladi, dekat sini, pagi tadi
Dalam kejadian 11.50 pagi itu, Mohd Adam Muzaffar Muhaimi mati di tempat kejadian manakala bapanya cedera di leher dipercayai akibat cuba menyembelih diri sendiri.Lelaki berusia 33 tahun itu dipercayai pernah mendapat rawatan mental di Hospital Raja Perempuan Zainab II, di sini.
Beliau yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di sebuah pasar raya di sini dipercayai sudah lama tidak mendapatkan rawatan penyakit mentalnya itu.
------------------------------------------------------------------------------------------
Anak-anak muslim yang meninggal dunia di waktu kecil, ertinya sebelum baligh di barzakh, dikumpulkan pada suatu tempat dan diasuh oleh Nabi Ibrahim. Setelah kiamat nanti mereka itu langsung dipindahkan ke syurga akhirat. Mereka tidak mengalami teriknya panas matahari, tidak melalui hisab, tidak melalui mizan dan tidak meniti titian Sirat. Setelah dibangkitkan terus dipindahkan ke dalam syurga Jannatun Naim.
Setelah dipindahkan ke syurga, maka anak-anak ini lupa kepada kehidupan dunia. Mereka lupa kepada ayah bondanya, lupa kepada kampung halamannya, lupa semuanya. Pada suatu hari nanti, ketika mereka sedang bermain-main menikmati kesenangan syurga, tiba-tiba ada malaikat memberitahu : " Hai Wildan! lupakah engkau kepada ayah bondamu? Sekarang mereka sudah berada di pintu syurga". Ketika itulah baru mereka tahu dan ingat kembali kepada ayah bonda mereka yang selama ini mereka lupakan.
Lalu mereka ambil air untuk diminum, makanan dan pakaian, lantas mereka itu berlari-lari sambil menangis menuju pintu syurga. Setelah trompet berbunyi, pintu syurga terbuka perlahan-lahan. Maka sekalian orang berhamburan masuk ke dalam syurga itu dan ketika inilah anak-anak ini sibuk mencari ayah bonda mereka. Mereka berjalan ke sana-sini mencari tetapi tidak berjumpa. Sambil menangis membawa minuman, pergilah mereka kepada malaikat menanyakan : "Oh, malaikat, mana ayah dan bondaku? Kata mereka sambil menangis.
Malaikat menjawab :"Oh Wildan, malang kamu, ayah dan bondamu terjatuh ke dalam neraka". Mendengar hal yang demikian maka anak-anak ini menangis dengan ratapan yang menyayat hati. "Oh ibuku Oh ayahku. Apakah kesalahanmu ayah? Apakah dosamu ibu, maka sampai terjatuh ke dalam neraka". Mereka menangis dan meratap. Kata malaikat : "Hai Wildan, jangan menangis, mengadulah pada Nabi Muhammad SAW".
Setelah anak-anak ini mengadu pada Nabi SAW, lantas Nabi berdoa, lalu dikeluarkan orang-orang mukmin yang berada dalam neraka itu atas dasar syafaat dan keberkatan doa Nabi SAW. Setelah bertemu dengan anak di pintu syurga, anak yang meninggal dunia sewaktu kecil, anak yang menjadi kerinduan siang malam selama ini, aduh gembiranya tidak terhingga. Berfirman Allah SWT : "Pada hari itu mereka berjumpa dalam keadaan gembira." (Ad-Dahr :11).
Labels:
News
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment