Friday, 15 March 2013

Suami isteri suka sangat buat perkara teruk ni...


nilah dia 5 perkara yang dianggap 'teruk' dilakukan oleh pasangan suami isteri selepas selesai sahaja  'bersama'.
5 perkara ini adalah kebiasan dilakukan oleh orang kita. Dan disarankan agar 'menjauhkan' kebiasaan ini agar hubungan asmara suami isteri lebih 'bermakna dirasai' oleh setiap pasangan suami isteri.

Antara 5 perkara yang dikategorikan "TERUK" selepas aktiviti persetubuhan adalah :

1. Terus memakai pakaian sebaik sahaja selesai bersama. Dengan kata lain selesai sahaja ejakulasi , sama ada suami isteri terus bangkit dan mengenakan pakaian. Ini sesuatu amalan yang harus dijauhi.





 2. Ini satu lagi tabiat yang biasa dilakukan oleh pasangan kita. Sebaik sahaja habis 'bersama' terus sahaja bergegas mendapatkan anak yang sedang tidur. Tindakan anda membuatkan pasangan anda rasa tidak dihargai dan merasakan hubungan seks adalah satu tanggungjawab semata-mata sahaja.


3. Adakah anda pernah melakukan ini ? Terus ke dapur mencari makanan atau membuka peti ais mencari apa yang boleh dimakan. Sedangkan pasangan anda masih berada di atas katil. Elakkan dari melakukan ini bagi menjamin hubungan anda diranjang berkekalan.


4. Bergegas ke bilik air. Anda tidak sabar-sabar membersihkan apa sahaja cairan yang melekat pada badan anda. Sedangkan pasangan anda masih mengharapkan belaian selepas bersama.




5. Perkara ini memang biasa terjadi. Malah menjadi lumrah. Selesai sahaja aktiviti ranjang, masing-masing membawa haluan sendiri. Terus tidur. Yang paling teruk lagi masing-masing membelakangkan pasangan masing-masing.


No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”