Friday, 3 May 2013

Polis temui petunjuk baru

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menemui beberapa petunjuk baru dalam kejadian tembak mati membabitkan Timbalan Ketua Pengarah Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Bahagian Perkastaman/Cukai Dalam Negeri, Datuk Shaharuddin Ibrahim di Putrajaya, 26 April lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata, hasil siasatan menemui petunjuk baru yang dipercayai mampu merungkai kes berkenaan.


“Siasatan rapi sedang dilakukan, malah kita (PDRM) mendapat beberapa petunjuk baru mengenai kejadian berkenaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, semalam.

Menurutnya, satu mesyuarat bagi membincangkan perkara berkenaan (petunjuk) sudah dibuat dan pihaknya memerlukan sedikit lagi masa bagi menyelesaikan kes berkenaan.


polis sudah merakam percakapan 35 individu yang identiti mereka dirahsiakan bagi membantu siasatan berhubung kejadian tembak mati Shaharuddin di Putrajaya, Jumaat lalu.


Dalam sidang media itu, Bakri berkata, siasatan rapi sedang dijalankan bagi mengenal pasti motif kejadian yang diklasifikasikan kes berprofil tinggi kerana membabitkan seorang pegawai penguat kuasa tinggi negara.

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”