Baru baru ini, tersebar beberapa keping gambar mesra antara Aliff Aziz dan seorang gadis di beberapa portal hiburan popular sekaligus menimbulkan spekulasi yang penyanyi itu kini sudah menemui calon teman hidupnya — selepas kegagalan cinta lalu. Ewah.
Dalam kenyataan kepada portal Murai, Aliff Aziz telah menafikan beliau mempunyai apa apa hubungan istimewa dengan gadis itu dan mendakwa semua gambar yang tersebar diambil ketika sambutan ulangtahun kelahiran beliau.
“Sebenarnya saya lebih lama mengenali ibu bapanya kerana sebelum ini ibunya pernah memanggil saya untuk mengadakan private show bagi sesebuah organisasi dan sudah banyak kali juga kami bekerjasama sebelum ini”
“Saya baru berkenalan dengan anaknya yang bernama Shazleen itu sejak 2 bulan lalu, Pada saya hubungan kami lebih kepada kekeluargaan. Saya hormat dia dengan keluarga”
“Saya tidak tahu bagaimana foto itu tersebar tetapi apa yang pasti bukan kami berdua sahaja yang ada ketika itu. Ramai yang sambut hari jadi saya ketika itu, malah foto itu juga diambil oleh ibunya,” jelas Aliff Aziz lagi.
Aliff Aziz juga berkata yang beliau kini tidak mempunyai teman wanita namun tidak menolak yang Shazleen merupakan antara wanita yang rapat dengan dirinya ketika ini.
Dalam perkembangan yang sama (kami rasa), ibu kepada Shazleen khabarnya berang dengan tindakan portal hiburan yang menyebarkan gambar anaknya demi mengaut keuntungan. Namun memberi kenyataan yang mereka sedang bercinta. Atau bukan?
No comments:
Post a Comment