Thursday 27 February 2014

Punca anak pemangku Sultan Terengganu maut kemalangan


Punca anak pemangku Sultan Terengganu maut kemalangan - Anak kepada bekas pemangku Sultan Terengganu, Datuk Syed Omar Abdul Kadir al-Idrus maut selepas kereta yang dinaiki bersama rakannya terbabit dalam kemalangan ngeri di Kilometer 240 Lebuhraya Pantai Timur (LPT), menghala ke Jabor, Terengganu.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.20 tengahari tadi itu, mangsa, Syed Mohd. Hafizuddin Syed Omar, 41, maut selepas tercampak beberapa meter, manakala rakannya yang memandu kereta berkenaan, Kamal Rahaidi Abd. Halim, 41, cedera.

Mengikut siasatan awal pihak polis, kemalangan itu dipercayai berpunca daripada keadaan jalan yang licin akibat hujan sehingga menyebabkan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Audi yang dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh kawasan berbukit berhampiran susur keluar Kuantan.

sumber

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”