Inilah dia bekas bintang dari Perancis yang menyatakan kesediaannya untuk membimbing skuad kebangsaan Harimau Malaya. Korang kenal dengan dia ker? Kalau anda ni pernah kena demam Piala Dunia 1998, maka dia tidak asing lagi. Dia membantu pasukan Perancis memenangi piala dunia tahun 1998 yang berganding bersama dengan pemain bintang seperti Zinedine Zidane, Patrick Vieira, Thierry Henry, dan Fabien Barthez.
DESAILLY (kiri) hadir pada sidang akhbar Anugerah Laureus semalam.
Kuala Lumpur: Pemenang Piala Dunia 1998, Marcel Desailly secara terbuka menyatakan kesediaan untuk membimbing skuad Harimau Malaya seandainya Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menawarkan jawatan penting itu kepadanya.
Ditemui pada sidang akhbar Anugerah Laureus semalam, bekas pertahanan kental skuad kebangsaan Perancis itu menyatakan sudah bersedia untuk beralih kepada bidang kejurulatihan selepas lebih 20 tahun terbabit dalam kancah bola sepak.
Antara kelab pernah diwakili pemain yang mewakili Perancis dari 1993 hingga 2004 itu adalah Nantes, Marseille, AC Milan, Chelsea, Al-Gharafa dan Qatar SC.
Kini, pada usia 45 tahun, Desailly yang turut menjadi sebahagian daripada penyumbang kejayaan Perancis mendominasi saingan Euro 2000, yakin segala pengalamannya sebagai pemain itu mampu membawa Harimau Malaya ke tahap lebih baik, terutama di peringkat Asia.
“Saya sudah bersedia melanjutkan karier sebagai jurulatih. Saya tahu pasukan kebangsaan anda pernah mengecapi kejayaan pada 2010 (Piala AFF Suzuki), namun saya juga yakin FAM memerlukan lebih banyak kejayaan.
“Saya berharap akan menjadi individu yang dapat mengubah mentaliti untuk terus melakar kejayaan dalam skuad Malaysia,” katanya.
Bagaimanapun Desailly sedar, sekiranya beliau diberi kepercayaan membimbing skuad negara, ia bukanlah tugas mudah.
“Sebenarnya belum ada sebarang rundingan (dengan FAM), tapi saya gembira kerana dikaitkan dengan jawatan ini.
“Saya tahu mereka masih melakukan penilaian ke atas calon tertentu dalam usaha membawa pasukan anda ke tahap lebih tinggi,” katanya.
Arena Metro sebelum ini melaporkan usaha FAM untuk mendapatkan seorang jurulatih berkualiti bagi menggantikan Datuk K Rajagobal, antaranya termasuk bekas pengendali Jepun, Phillipe Troussier. Namun badan induk itu terpaksa melupakan Troussier kerana difahamkan beliau menolak beberapa syarat yang ditetapkan.
Ketika ini, Harimau Malaya dibimbing pengendali sementara Datuk Ong Kim Swee yang sedang bersiap sedia untuk aksi persahabatan menentang Filipina Sabtu ini dan menentang Yaman bagi kelayakan Piala Asia, empat hari kemudian. - mymetro
Adakah bintang Perancis ini akan menjadi jurulatih utama skuad Harimau Malaya? Kita tunggu dan lihat saja apa tindakan FAM selepas ini.
No comments:
Post a Comment