Thursday 27 February 2014

Fauzi Nawawi: Buat Apa Saya Nak Minta Maaf Pada Sharnaaz Ahmad?

Rakan rakan sekalian, kita semua bakal melihat pertembungan ego dua orang selebriti lelaki yang epik dalam beberapa hari mendatang ini jika tiada siapa yang mahu mengalah dan berdamai — seperti apa yang berlaku sekarang ini.

Sharnaaz Ahmad dalam temubual bersama media awal hari semalam mendakwa yang Fauzi Nawawi menghantar SMS memanggil dirinya anjing kurap dan babi selain turut melibatkan ibunya dalam pertelingkahan mereka.



Fauzi Nawawi dalam kenyataan balas berkata beliau tidak akan tunduk dengan permintaan Sharnaaz Ahmad untuk beliau meminta maaf atas dakwaan mencaci dirinya dan keluarga beliau menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

“Buat apa saya nak minta maaf? Dalam SMS, perkataan ‘ibu’ saya gunakan, apa perasaan dia jika saya menengking ibunya? Itu sahaja. Kenapa dia nak putar belitkan SMS saya yang sudah jelas ingin bertanya pada dia sebab-sebab dia menengking Lisda?”

Fauzi Nawawi juga berkata yang beliau bersedia untuk berhadapan dengan Sharnaaz Ahmad jika perkara ini dibawa ke muka pengadilan selain mendakwa pelakon itu terbawa bawa watak Jebat lakonannya dalam drama Bukan Aku Tak Cinta ke dunia nyata.

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”