Tuesday, 5 June 2012

[EURO 2012] Kumpulan B: Belanda, Denmark, Jerman, Portugal



Belanda
Rekod Belanda dalam Kejohanan Eropah tidak begitu mengecewakan sejak berjaya mara ke separuh akhir pada tahun 1976.

Pernah menjulang gelaran juara Euro pada 1988, edisi tahun ini dilihat satu lagi peluang terbaik buat skuad The Oranje itu menambah koleksi trofi mereka setelah gagal melakukannya ketika tewas kepada Sepanyol pada final kempen Piala Dunia 2010.

Enggan mengalami kekecewaan buat kali kedua setelah gagal melayakkan diri ke peringkat akhir kejohanan Eropah empat tahun lepas, anak didik Bert Van Marwijik kini bersemangat waja untuk menebus kekecewaan itu.

"Sejak tahun 1988, kami masih gagal untuk membawa pulang trofi tersebut ke negera kami.

"Selama berpuluh-puluh tahun kami kempunan menjulang gelaran itu, jadi tahun ini saya akan berusaha sedaya upaya impian kami akan tercapai," kata Marwijik.

Ekoran mengalami kekalahan pada perlawanan persahabatan menentang Bulgaria 1-2 Sabtu lalu, pasukan Belanda dikritik hebat oleh segelintir peminat bola sepak dan menganggap mereka gagal untuk menyaingi saingan kali ini.

Namun bagi Marwijik, keputusan itu tidak memberi sebarang makna kepada pasukannya bahkan memnganggu fokus mereka dalam memburu gelaran.

"Setiap perlawanan ada menang dan kalah. Kami harus akui kekalahan itu dan bersikap positif.

"Persaingan belum bermula, jadi saya tidak boleh mempunyai sikap putus asa sebelum berjuang.

"Apa yang penting kami harus fokus dan capaikan apa yang kami inginkan selama 24 tahun ini," tambah Marwijik.

Meskipun begitu, memiliki pemain terkenal seperti Robin van Persie,Dirk Kuyt, Arjen Robben, John Heitinga, pasukan Belanda masih menjadi antara calon pilihan untuk bergelar juara pada edisi kali ini yang diadakan di Poland-Ukraine.

Denmark menjadi pertemuan pertama mereka pada 9 Jun ini sebelum membuat perhitungan getir apabila berdepan Jerman dan Portugal selepas itu.

INFO

Ditubuhkan semenjak: 1889

Gelaran: Oranje

Pengurus: Bert Van Marwijik

Pemain tumpuan: Robin van Persie,Dirk Kuyt, Arjen Robben, John Heitinga,

Penjaring terbanyak: Klaas-Jan Huntelaar (12)

Pusingan kelayakan EURO 2012: Juara kumpulan E

Sejarah di Kejohanan EURO:

1976- layak ke separuh akhir

1980- layak kelayakan kumpulan

1988- juara

1992- layak ke separuh akhir

1996- layak ke separuh akhir

2000- layak ke separuh akhir

2004- layak ke separuh akhir

2008- layak ke separuh akhir


DENMARK
Denmark mahu mengelak daripada mengalami kekalahan dua kali berturut-turut pada aksi pemanas badan dalam kejohanan bola sepak Eropah (EURO) 2012 menentang Australia di Parken, 2 Jun ini.

Pengurus Denmark, Morten Olsen yang gelisah dengan pencapaian anak buahnya berkata, mereka perlu mencatat kemenangan bagi memperoleh tonik terbaik sbelum memulakan kempen di Polan dan Ukraine, 9 Jun ini.

Meskipun dilabel sebagai pasukan pilihan, Denmark masih gagl untuk menemui rentak sebenar apabila tewas 1-2 kepada Brazil pada aksi persahabatan, Sabtu lalu.

Kerapuhan benteng pertahanan dilihat sebagai punca kekalahan skuad itu.

""Saya melihat perlawanan itu sebagai peluang untuk saya memperbaiki kelemahan yang ada.

"Namun, saya mahu para pemain mencatat kemenangan pada pertemuan menentang Israel. Ia penting untuk dijadikan suntikan semangat sebelum kami memulakan Euro 2012," kata Olsen.

Justeru, Olsen tidak rela pasukan Denmark akan mengalami nasib yang sama pada perlawanan itu nanti.

Memiliki beberapa pemain ternama seperti, Nicklas Bendtner, Dennis Rommedahl, Michael Krohn-Delhi, Morten Skoubo, Denmark dilihat mampu menggalas cabaran pasukan itu untuk melakar kejutan sekali gus membuktikan mereka bukan sekadar pelengkap kumpulan B.

"Saya tidak mahu mendabik dada. Apa yang penting sekarang kami ingin fokus kepada perlawanan menentang Australia.

"Sekiranya nasib tidak menyebelahi kami, saya akan berusaha untuk memperbaiki mutu permainanan agar misi di kejohanan itu nanti tidak berkecai," kata Olsen yang menganggap Jerman dan Portugal bakal memberi saingan kepada mereka nanti.

Tambah Olsen," Kami lebih selesa turun selaku pasukan underdog. Saya tahu kami pasti berdepan kesukaran, namun saya optimis kami mampu melepasinya.

Gagal melayakkan diri dalam pusingan akhir empat tahun lalu, pasukan Denmark enggan mengulangi kesilapan yang sama malah bertekad untuk mencipta kejayaan selaku pasukan Eropah utara.

Pasukan yang menerima jolokan De Rod-Hvide itu pernah muncul juara pada edisi di Sweeden selepas menewaskan Jerman 2-0.

Denmark akan bertemu Belanda pada pertemuan pertama mereka pada 9 Jun ini sebelum membuat perhitungan getir bersama Jerman dan Portugal selepas itu.

INFO

Ditubuhkan semenjak: 1889

Gelaran: De Rod-Hvide

Pengurus: Morten Olsen

Pemain tumpuan: Nicklas Bendtner, Dennis Rommedahl, Michael Krohn-Delhi, Morten Skoubo


Penjaring terbanyak: Poul Nielsen, Jon Dahl Tomasson (52), Dennis Rommedahl (21)

Pusingan kelayakan EURO 2012: Juara Kumpulan H

Sejarah kejohanan EURO 2012:

1984- Layak ke separuh akhir

1988- layak di kelayakan kumpulan

1992- Juara

2004- Layak ke separuh akhir


JERMAN
Pasukan ini telah berjaya merangkul Kejuaraan EURO sebanyak tiga kali pada tahun 1976, 1980 dan 1996.

Pada pusingan kelayakan EURO 2012 ini mereka telah mencipta rekod 100 peratus kemenangan bersih dan menjadi juara kumpulan A menewaskan Belgium, Azerbaijan, Turki, Kazakhstan dan Austria.

Jurulatih, Joachim Low telah membentuk pasukan yang mantap dengan para pemain bintang seperti Lukas Podolski, Miroslav Klose, Mesut Ozil dan Bastian Schweinsteiger dijangka akan memberi sengit dan dianggap sebagai pilihan juara edisi kali ini.

Mereka akan berdepan Portugal pada saingan pembukaan di Arena Lviv 9 Jun ini.

INFO:

Ditubuhkan semenjak: Tahun 1900

Gelaran: Nationalmannschaft

Jurulatih / Pengurus: Joachim Low

Pemain Tumpuan: Lukas Podolski,  Miroslav Klose, Mesut Ozil dan Bastian Schweinsteiger

Penjaring terbanyak: Gerd Muller (68 gol), Semasa - Miroslav Klose (63 gol)

Penampilan terbanyak: Lothar Matthaus (150), Semasa - Miroslav Klose (113)

Pusingan Kelayakan Euro 2012: Juara Kumpulan A

Penjaring Terbanyak: Miroslav Klose (9 gol)


PORTUGAL
Portugal tidak pernah menjuarai EURO setakat ini. Kali pertama mereka melangkah ke final ialah pada tahun 2004. Mereka tidak bernasib baik apabila tewas kepada Greece 0-1 dan menjadi naib juara. Mereka menjadi tuan rumah ketika itu.

Paulo Bento yang menggantikan Carlos Queiroz sebagai jurulatih kali ini membawa skuadnya ke pusingan akhir Euro kali ini selepas menjadi naib juara kumpulan dan menang perlawanan playoff ke atas Bosnia dan Herzegovina.

Kali ini, kapten, Cristiano Ronaldo akan menggalas cabaran untuk berdepan kumpulan maut apabila bertemu Jerman, Belanda dan Denmark.

INFO:

Ditubuhkan semenjak: Tahun 1914

Gelaran: Team of Shields

Jurulatih / Pengurus: Paulo Bento

Pemain Tumpuan: Cristiano Ronaldo

Penjaring terbanyak: Pauleta (47 gol), Semasa - Cristiano Ronaldo (32 gol)

Penampilan terbanyak: Luis Figo (127), Semasa - Cristiano Ronaldo (87)

Pusingan Kelayakan Euro 2012: Naib Juara Kumpulan H

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”