Tuesday 5 June 2012

[EURO 2012] Kumpulan A Poland, Greece, Rusia, Rep. Czech



RUSIA
Rusia merupakan pasukan yang layak dalam separuh akhir pada tahun 2008.

Mereka yakin untuk pendekatan Euro 2012 selepas mendahului kumpulan kelayakan kejohanan utama buat kali pertama dalam lima percubaan.

Mereka juga tidak pernah kalah dalam pusingan kelayakan. Pasukan Dick Advocaat bolos empat gol dalam tempoh sepuluh kelayakan.

Andrei Arshavin, Roman Pavlyuchenko, Yuri Zhirkov dan Pavel Pogrebnyak akan menjadi tunjang utama pada Euro kali ini.

Mereka pernah muncul juara sekali ketika tahun 1960 ketika menjadi sebahagian dari Kesatuan Soviet dengan menewaskan Yugoslavia 2-1.

Mereka memulakan kempen dalam Kumpulan A menentang Republik Czech di Wroclaw pada 8 Jun sebelum membuat perhitungan dengan tuan rumah, Poland dan pemenang edisi 2004, Greece selepas itu.


INFO:

Ditubuhkan semenjak: Tahun 1912

Jurulatih / Pengurus: Dick Advocaat

Pemain Tumpuan: Andrey Arshavin dan Roman Pavlyuchenko

Penjaring terbanyak:

Vladimir Beschastnykh (26 gol),

Semasa - Roman Pavlyuchenko (20 gol)

Penampilan terbanyak: Viktor Onopko  (109), Semasa - Sergei Ignashevich  (71)

Pusingan Kelayakan Euro 2012: Juara Kumpulan B



REPUBLIK CZECH
Barisan anak-anak buah Michal Bilek

Meneruskan rekod layak ke setiap pusingan akhir Kejohanan Eropah sejak tahun 1996 selepas mencapai kemerdekaan daripada Czechoslovakia pada tahun 1993.

Selepas gagal layak ke Piala Dunia 2010, mereka tersingkir dari peringkat kumpulan Euro 2008.

Bilek telah memperkenalkan trio Tomas Rosicky, Petr Cech dan Milan Baros.

Dalam pusingan kelayakan Euro 2012, mereka meraih gelaran naib juara kumpulan I. Kalah ditempat sendiri kepada Lithuania dan menewaskan Montenegro 3-0 menerusi aggregat dalam pusingan play off.

Kali terakhir mereka menjuarai Euro pada tahun 1976 menewaskan Jerman Barat menerusi penentuan penalti.

Czech telah diundi didalam Kumpulan A bersama-sama tuan rumah, Poland, Greece dan Russia

INFO:

Ditubuhkan semenjak: Tahun 1901

Gelaran: 'Narodni Tym'

Jurulatih / Pengurus: Michal Bilek

Pemain Tumpuan: Petr Cech, Tomas Rosicky  dan Milan Baros

Penjaring terbanyak: Jan Koller (55 gol),  Semasa - Milan Baros (39)

Penampilan terbanyak: Karel Poborsky (118), Semasa - Petr Cech (88)

Pusingan Kelayakan Euro 2012: Naib juara Kumpulan I

Play off: Republik Czech 2-0, 1-0 Montenegro (3-0 agg)

Penjaring terbanyak: Michal Kadlec (4 gol)


GREECE
Pada saingan kelayakan kumpulan F, Greece mencipta rekod kemenangan 100 peratus untuk bergelar juara.

Pada edisi kali ini, Greece antara calon yang popular dijangka mampu melepasi halangan peringkat Kumpulan A tahun ini.

Walaupun diundi bersama Rusia, Poland dan Republik Checz, anak didik Fernando Santos dijangka tidak menghadapi masalah untuk memburu salah satu slot ke pusingan suku akhir.

Bagi pengurus Greece, Fernando Santos, walaupun menjadi pilihan untuk muncul juara musim ini, namun beliau sentiasa mengingatkan anak didiknya agar sentiasa berhati-hati dan mengambil sikap serius dalam setiap peluang yang ada.


"Saya tidak mahu semua pemain leka dan mendabik dada apabila diundi dengan pasukan yang kurang hebat.

"Bagi saya setiap perlawanan penting, dan pemain harus mengutip kemenangan dalam kesemua perlawanan peringkat kumpulan untuk mencerahkan peluang kami ke suku akhir," kata Santos.

Tambah Santos, pasukan Rusia harus dipandang serius kerana pasukan itu berkemungkinan akan mencipta kejutan.

"Saya tidak mahu episod lama akan berulang. Jadi, pemain harus bangkit dan mencipta kemenangan agar impian kami akan tercapai," tegas Santos.

Greece yang pernah muncul juara kejohanan EURO 2008, kini memasang impian untuk merampas kembali trofi tersebut daripada penyandang juara empat tahun lalu, Sepanyol.

Malah memiliki nama besar mewarnai skuad Greece sepeti Giannis Fetfatzidis, Kyriakos Papadopoulos, Vasilis Torosidis Angelos Charisteas, nyata memberi kelebihan kepada pasukan itu melakar kejayaan.

Skuad Galanolefki bakal memulakan kempen Euro apabila dijadual menentang Poland di Stadium Nasional Warsaw, 8 Jun ini.


INFO

Ditubuhkan semenjak: 1926

Gelaran: Galanolefki

Pengurus: Fernando Santos

Pemain tumpuan: Giannis Fetfatzidis, Kyriakos Papadopoulos, Vasilis Torosidis, Angelos Charisteas, Georgios Fotakis, Theofanis Gekas

Penjaring terbanyak: Nikos Anastopoulos (29), Angelos Charisteas (25)

Pusingan kelayakan EURO 2012: Juara kumpulan F

Sejarah di kejohanan EURO 2012:

1980- Layak di peringkat kelayakan kumpulan

2004- Juara

2012- Layak sebagai juara kumpulan F



POLAND                                                                                                                                  
Persiapan untuk Euro 2012 kali ini dilihat satu tugasan berat kepada pasukan Poland.

Diundi bersama pasukan Greece, Republik Chech, dan Rusia, nyata memberi ujian gentir kepada mereka untuk melakar kejayaan.

Turun selaku bukan pasukan pilihan, pengurus Poland, Franciszek Smuda berkata, inilah peluang terbaik pasukannya untuk melakar sejarah dalam kejohanan Eropah.

Malah Smuda turut berkata, pasukan yang digelar Bialo-czerwoni itu tidak akan mengalah dan memberi laluan mudah kepada pasukan lain kerana mereka turut menyimpan impian untuk dinobatkan juara walaupun mengakui peluangnya tipis.

"Walaupun kami dianggap pasukan bukan pilihan, namun saya yakin kami mampu memberi saingat sengit kepada Greece, Republik Checz dan Rusia nanti.

"Lagipun tidak mustahil pasukan seperti kami mampu mencipta kejutan," kata Smuda sambil berjanji akan melakukan yang terbaik pada kejohanan kali ini.

Smuda turut menggesa anah buahnya agar berjuang berhabis-habisan untuk membuktikan kemampuan pasukan itu yang mampu mencipta kejayaan.

"Kami akan buktikan bahawa kami boleh berjaya. Meskipun turun selaku pasukan kerdil, ia sedikit tidak mematahkan semangat kami untuk mencuba," tegas Smuda.

Sebagai tuan rumah Euro 2012, Poland berharap mereka mampu melayakkan diri ke persaingan suku akhir sekali gus mencipta kejutan untuk dinobatkan juara tahun ini.

Poland yang telah menyertai Piala Dunia sebanyak enam kali, namun pasukan itu hanya berjaya ke perlawanan Euro hanya satu kali iaitu pada tahun 2012.

Pada tahun tersebut, Poland gagal melayakkan diri apabila berada di kedudukan tercorot kumpulan pada tahun 2008.


INFO

Ditubuhkan semenjak: 1919

Nama Pengurus: Franciszek Smuda

Gelaran : Bialo-czerwoni

Pemain Tumpuan: Robert Lewandoski, Jakub Blaszczykowski, Pawel Brozek, Adrian Mierzejewski, Vilmos Vanczak

Penjaring terbanyak: Wlodzimierz Lubanski (48), Euzebiusz Smolarek (20)

Pusingan Kelayakan Euro 2012: Layak secara automatik sebagai tuan rumah

Sejarah di Kejohanan EURO:

2008- Layak di dalam kumpulan sahaja

2012- Berjaya sebagai tuan rumah

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”