Tuesday, 5 June 2012
[EURO 2012] Kumpulan C: Itali, Croatia, Ireland, Sepanyol
SEPANYOL
Gergasi Eropah, Sepanyol pastinya memiliki taktik tersendiri menjelang kejohanan Bola Sepak Eropah (EURO) 2012 yang akan membuka tirainya di Ukraine dan Poland 9 Jun ini.
Selain misi mempertahankan kejuaraan yang dimenangi mereka di Austria dan Switzerland pada tahun 2008, skuad yang terkenal dengan jolokan La Roja itu semestinya mahu berterusan menakluk pentas bola sepak dunia.
Apa tidaknya, selain kejayaan menjulang trofi Euro 2008, Sepanyol juga membuktikan kredibiliti mereka sebagai kuasa besar bola sepak setelah menjulang Piala Dunia di Afrika Selatan dua tahun selepas itu.
Disebabkan itu, anak-anak buah Vincente del Bosque pastinya berazam melakar sesuatu yang istimewa pada Euro kali ini.
"Saya bangga dengan pencapaian pasukan Sepanyol setakat ini.
"Saya mahu nama kami tercatat dalam sejarah, dan saya yakin Sepanyol mampu melakukannya kerana kami memiliki rangkaian pemain terbaik dunia.
"Pada masa yang sama, saya tidak mahu mengecewakan peminat Sepanyol yang ingin melihat kami melakar kejayaan kali ini.
"Bagaimanapun, kami harus pandang ke hadapan jika mahu menjadikan impian melakar hatrik akan menjadi kenyataan," kata Del Bosque yang tetap meendah diri meskipun Sepanyol dilihat antara pasukan pencabar utama kejohanan kali ini.
Tambah Del Bosque, beliau juga perlu berhati-hati dan jangan tersilap langkah kerana dengan kesilapan itu ia akan merugikan pasukan Sepanyol.
"Banyak pasukan yang berazam untuk menjulang juara, dan ada juga yang mencemburui kami serta mahu menewaskan kami.
"Jadi saya harus merancang segala taktik agar impian pasukan lain akan musnah," tegas Del Bosque.
Untuk rekod, Sepanyol sebelum ini terpaksa menunggu selama 44 tahun sbelum muncul juara EURO 2008.
Bagaimanapun, ia bukan satu tugas yang mudah bagi pasukan Sepanyol apabila diundi bersama satu lagi gergasi Eropah, Itali, Crotia dan Ireland dalam kumpulan B.
Namun dengan memiliki beberapa pemain hebat dunia seperti Fernando Torres, Xavi, Andres Iniesta, Cesc Fabregas dan David Silva tidak mustahil impian Del Bosque untuk mencipta kejayaan hatrik bukanla angan-angan kosong.
INFO
Ditubuhkan semenjak: 1909
Gelaran: La Roja
Pengurus: Vicent Del Bosque
Pemain tumpuan: David Silva, Fernando Llorente, Juan Mata,, Alvaro Negredo, Fernando Torres, Xavi Xabi Alonso, Andres Iniesta, Sergio Ramos
Penjaring terbanyak: David Villa (51); current, David Villa (51)
Pusingan kelayakan EURO 2012: Juara Kumpulan I
Sejarah di kejohanan EURO 2012:
1964- Juara
1996- Layak ke separuh akhir
2000- Layak ke separuh akhir
2008- Juara
ITALI
Pasukan Itali yang terkenal dengan jolokan Azzurri ini tekad untuk mengakhiri kemarau pada kejohanan Bola Sepak Eropah (EURO) 2012 yang bakal membuka tirai 9 Jun ini, selepas kali terakhir menjulang trofi tersebut pada tahun 1968.
Dibarisi pemain-pemain bertaraf dunia dan berpengalaman, seperti Gianluigi Buffon, Daniele De Rossi, Andrea Pirlo dan Antonio Cassano, Itali mencerahkan peluang untuk mara lebih jauh pada edisi kali ini.
Beraksi dalam Kumpulan C bersama juara bertahan, Sepanyol, Republik Ireland dan Croatia, Itali dijangka tidak berdepan masalah untuk melepasi saingan peringkat kumpulan.
Begitupun, Cesare Prandelli selaku pengendali Itali berharap para pemainnya tidak terlalu memandang rendah terhadap mana-mana pasukan, sebaliknya menuntut sikap yang lebih serius menjelang perlawanan tersebut.
Selain muncul juara sejak 44 tahun lalu, pencapaian terbaik Itali di pentas Euro ialah kejayaan menlayakan kaki sehingga ke peringkat separuh akhir pada tahun 1980.
"Memiliki pemain yang bertaraf dunia bukan jaminan untuk meraih kejayaan, Sebaliknya, komitmen serta kerja keras yang menjadi aset untuk meraih kemenangan pasukan.
"Kami harus memiliki pemain yang memiliki kesungguhan, keghairahan dan sentiasa serius ketika menentang mana-mana pasukan.
"Kami masih kurang sempurna dan telah gagal dalam beberapa percubaan sejak 20 tahun lalu meskipun kami berjaya menjulang Piala Dunia tujuh tahun lalu di Jerman.
"Impian saya ialah untuk melakarkan satu kejayaan baru dalam sejarah bola sepak Itali. Justeru, saya menuntut semua pemain agar bersikap lebih serius dan sentiasa fokus terhadap permainan," kata Prandelli.
Pandangan Prandelli dipersetujui oleh kapten, Buffon yang mahu menjulang trofi Euro sebelum mengumumkan persaraan di pentas antarabangsa.
Pemain Paling Bernilai Liga Juara-Juara 2003 ini menambah bahawa dia semakin bersemangat untuk menambah koleksi pingat sebelum bersara.
"Setiap pemain memiliki impian untuk beraksi pada peringkat tertinggi.
"Sudah tentu satu perasaan yang sukar untuk diungkapkan apabila berjaya menjuarai satu kejohanan yang paling berprestij di dunia.
"Selain pencapaian bersama kelab (Juven- tus), saya belum puas untuk terus memburu trofi dan pingat bersama skuad kebangsaan.
"Kami berazam untuk menampilkan aksi yang terbaik demi merealisasikan harapan tersebut," ujarnya.
Pada masa yang sama, Buffon mengakui, kehadiran Sepanyol mungkin menjejaskan peluang Itali untuk mara ke pusingan seterusnya.
"Sepanyol merupakan satu nama yang tidak asing lagi dalam dunia bola sepak.
"Mereka merupakan juara dunia dan juara bertahan Euro. Sudah tentu mereka akan tampilkan aksi yang terbaik demi mengekalkan trofi yang mereka raih empat tahun lalu.
"Selain Sepanyol, kami tidak memandang rendah terhadap cabaran daripada Republik Ireland dan Croatia yang mampu melakar kejutan pada pusingan akhir ini.
"Kami harus yakin dengan kebolehan kami sendiri tetapi ia mungkin bonus bagi kami sekiranya berjaya muncul juara Kumpulan C.
"Apa yang lebih penting, kami sudah bersedia 120 peratus untuk menghadapi mana-mana pasukan pada Euro 2012," katanya.
INFO
Ditubuhkan semenjak: 1898
Gelaran: Azzuri
Pengurus: Cesare Prandelli
Pemain tumpuan: Antonio Cassano, Giampaolo Pazzini, Leonardo Bonucci, Daniele De Rossi, Alberto Gilardino, Claudio Marchisio,
Penjaring terbanyak: Luigi Riva (35), Alessandro Del Piero (27)
Pusingan kelayakan EURO 2012: Juara Kumpulan C
Sejarah di kejohanan EURO 2012:
1968- Juara
1988- Layak ke separuh akhir
2008- Layak ke separuh akhir
IRELAND
Pasukan ini tidak pernah mencipta kejayaan dalam tempoh dua dekad dalam Kejohanan EURO.
Pada kejohanan edisi kali ini, Giovanni Trapattoni pasti ingin mencipta kejayaan menjulang trofi dan optimis meskipun ia dilihat sebagai misi sukar.
"Sepuluh tahun lalu, pasukan Ireland yang lama bermain dengan baik tetapi pada masa sekarang, ia adalah bola sepak yang berbeza."
Beliau juga percaya apabila bermain dengan indah pastinya keputusan perlawanan menjadi sangat baik.
Beliau akan mempertaruhkan pemain-pemain seperti Robbie Keane, Darron Gibson dan Damien Duff untuk membantu pasukan yang diundi dalam kumpulan sukar ini.
Mereka akan berhadapan juara bertahan, Sepanyol, Itali dan Croatia.
INFO:
Jurulatih: Giovanni Trapattoni
Ditubuhkan semenjak: Tahun 1921
Gelaran: The Boys in Green
Jurulatih / Pengurus: Giovanni Trapattoni
Pemain Tumpuan: Robbie Keane dan Shay Given.
Penjaring terbanyak: Robbie Keane (53 gol)
Penampilan terbanyak: Shay Given (120)
Pusingan Kelayakan Euro 2012: Naib Juara Kumpulan B
CROATIA
Croatia juga tidak pernah menjulang trofi EURO, tetapi pencapaian terbaik mereka ialah pada tahun 1996 dan 2008 apabila layak ke saingan suku akhir.
Menjadi naib juara pusingan kelayakan kumpulan F EURO dengan menewaskan Turki 3-0 melalui aggregat dalam saingan play off.
Jurulatih, Slaven Bilic teramat lega dengan keputusan itu. Beliau berkata, "Terima kasih Tuhan, kita berjaya. Apabila menghadapi saingan sukar dalam pusingan kelayakan akhirnya kita ke EURO tahun ini." jelasnya.
Kumpulan ini juga digelar kumpulan maut yang dibarisi selain Croatia, Sepanyol, Itali dan Republik Ireland.
INFO:
Jurulatih: Slaven Bilic
Ditubuhkan semenjak: Tahun 1912
Gelaran: 'Kockasti'
Jurulatih / Pengurus: Slaven Bilic
Pemain Tumpuan: Luka Modric, Niko Kranjcar dan Eduardo
Penjaring terbanyak: Davor Suker (45 gol), Semasa - Eduardo (22)
Penampilan terbanyak: Dario Simic (100), Semasa - Josip Simunic (92)
Pusingan Kelayakan Euro 2012: Naib juara Kumpulan FPlay off: Turkey 0-3, 0-0 Croatia (3-0 agg)
Penjaring terbanyak: Niko Kranjcar (4 gol )
Labels:
News
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment