Tuesday, 5 June 2012

Model seksi yang ditangkap kerana pose bogel di atas bendera Peru



Seorang model Peru yang berpose telanjang di atas seekor kuda telah ditangkap olehpihak berkuasa kerana menggunakan bendera Peru sebagai alas duduknya. Leysi Suarez, seorang model dan juga penari latar bagi group band Alma Bella mengadakan sesi pengambilan foto untuk halaman depan majalah Dfarandula yang di gunakan untuk memperingati hari kemerdekaan Peru.


Model Leysi Suarez Ditangkap kerana Pose Telanjang Bogel diatas Bendera Peru

Dalam sesi tersebut bendera Peru diletakkan di atas pelana kuda kemudian diduduki oleh Leysi. Aksi menduduki bendera ini  membuat para ahli politik negara tersebut marah kerana tidak menunjukkan rasa patriotik dan kebangsaan dari artis serta sebuah bentuk penghinaan bagi negara Peru.

“Sama sekali tidak ada rasa hormat dan jiwa patriot. Dia sudah semestinya dihukum. Ini bentuk penghinaan kepada negara,” kata Menteri Pertahanan Peru Antero Flores. Leysi sendiri menyangkal tuduhan tersebut dan menyatakan posenya itu menunjukan rasa cintanya terhadap tanah air Peru dengan menunjukkan bendera kebangsaan Peru di fotonya.



No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”