Tuesday, 5 June 2012
[EURO 2012] Kumpulan D: Ukraine, Sweden, France, England
UKRAINE
Prestasi pasukan Ukraine dalam Kejohanan Eeropah tidak begitu memuaskan apabila tidak pernah layak dalam kelayakkan kumpulan.
Turun sebagai tuan rumah, Ukraine mahu membuktikan kemampuan mereka walaupun dianggap pasukan kerdil oleh pasukan lain.
Bagaimanapun, untuk edisi kali ini, pasukan yang digelar Syanyo-Zhovti kini dilihat berdepan dengan misi sukar untuk melangkah pusingan seterusnya apabila diundi bersama pasukan England dan Perancis.
Malah kehilangan penjaga gol utama, Andrei Dykan yang mengalami kecederaan di bahagian muka ketika menentang Zenit St Petersburg, hujung minggu lalu, lagi memberi tekanan kepada mereka selaku tuan rumah.
Bagi pengurus Ukraine, Oleg Blokhin menganggap itu sebagai satu cabaran yang perlu dihadapi oleh pasukan mereka.
"Situasi ini sangat menyulitkan kami. Dengan diundi bersama pasukan pilihan termasuk kecederaan Dykan menyukarkan peluang kami untuk mara ke suku akhir nanti.
"Tidak dinafikan ia satu tamparan hebat yang terpaksa kami lalui, namun kami anggapnya ia satu perkara yang positif.
"Apa yang penting kami harus fokus dan pandang ke hadapan," kata Blokhin.
Tambah Blokhin, kami masih memiliki penjaga gol yang berpengalaman Alexander Shovkovsky dan Andrei Pyatov, dan kami tetap optimis untuk mencipta kejutan nanti.
Semangat juang yang ditunjukkan oleh anak didik Oleg Blokhin ini nyata menyemarak dalam diri masing-masing untuk membutkikan kemampuan dan melakar kejutan menjulang juara buat kali pertama sekali gus membuktikan mereka bukan sahaja pelengkap Kumpulan D.
INFO
Ditubuhkan semenjak: 1991
Gelaran: Syanyo-Zhovti
Pengurus: Oleg Blokhin
Pemain tumpuan: Yaroslav Rakytskyy, Andriy Voronin, Yevgen Selin, Andriy Shevchenko, Ole Gusev, Oleksandr Aliyev, Serhiy Nazarenko, Marko Devic
Penjaring terbanyak: Andriy Shevchenko (46), Andriy Shevchenko (46)
Pusingan kelayakan EURO 2012: Layak secara automatik sebagai tuan rumah
SWEDEN
Sweden tidak pernah memenangi sebarang kejuaraan utama termasuklah pada kejohanan Euro.
Malah pencapaian terbaik mereka di Euro adalah pada 1993 dan 2004 apabila mara sehingga ke separuh akhir sebelum impian ke final dimusnahkan oleh pasukan lain.
Untuk edisi kali ini, pasukan yang digelar Blågult turut dilihat berdepan misi sukar untuk melangkah ke pusingan suku akhir apabila diundi dalam kumpulan maut.
Anak buah Erik Hamren diundi dalam Kumpulan D bersama Perancis, England dan Ukraine.
Bagaimanapun, bagi pengendalinya sendiri, Erik Hamren tidak menganggap ia sebagai satu bebanan kepada pasukannya.
Menurutnya, Sweden lebih selesa turun selaku pasukan Undedog berbanding calon pilihan untuk muncul juara.
"Kami lebih selesa dengan panggilan itu kerana ia tidak memberi tekanan kepada kami untuk bersaing nanti.
"Tidak dinafikan Perancis dan England merupakan calon kegemaran kumpulan D untuk layak ke pusingan seterusnya.
"Bagi perlawanan itu nanti, kami akan cuba sedaya upaya, walaupun tahu pasti berdepan dengan kesukaran namun saya optimis kami mampu melakukannya," kata Hamren.
Tambah Hamren, meskipun tiada rekod dalam memegang gelaran juara kejohanan Eropah, ia tidak mematahkan semangat pemain untuk mencipta kejutan pada tahun ini.
Pemain seperti, Sebastian Larsson, Kim Kallstrom, Mikael Lustig, Emir Bajrami,antara tunjang utama pasukan itu untuk memburu gelaran buat kami pertama sejak diperkenalkan pada tahun 1960.
Sweden akan memulakan saingan pertama bertemu Ukraine pada 11 Jun, sebelum menghadapi pasukan hebat, England 15 Jun dan Perancis 19 Jun.
INFO
Ditubuhkan semenjak: 1904
Gelaran: Blågult
Pengurus: Erik Hamren
Pemain tumpuan: Zlatan Ibrahimovic, Christian Wilhelmsson, Sebastian Larsson, Kim Kallstrom, Mikael Lustig, Emir Bajrami, Tobias Hysén, Marcus Berg, Alexander Gerndt
Penjaring terbanyak: Sven Rydell (49), Zlatan Ibrahimovic (28)
Pusingan kelayakan EURO 2012: runners-up (kumpulan E)
Sejarah di kejohanan EURO 2012:
1993- Layak ke separuh akhir
2004- Layak ke separuh akhir
PERANCIS
Pasukan yang digelar 'Les Blues' ini pernah menjuarai Kejuaraan EURO pada tahun 1984 dan kali terakhir pada tahun 2000.
Les Blues meniti zaman kegemilangan ketika era pemain lagenda seperti Zinedine Zidane, Fabien Barthez, Marcel Desailly, Didier Deschamps, Theirry Henry, Patrick Viera menjulang trofi EURO ketika tahun 2000 dan Piala Dunia 1998.
Bekas pemain, Laurent Blanc mengambil alih tugas Raymond Domenech ketika prestasi tidak menentu Perancis pada Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.
Pada pusingan kelayakan kumpulan D mereka menjuarai kumpulan.
Blanc berkata, "Ia adalah suatu kepuasan apabila layak ke EURO. Mulai sekarang, kami akan memberikan fokus sepenuhnya kepada permainan.
"Tetapi ia akan menjadi menarik untuk melihat pemain yang berjaya dengan kelab mereka berada dalam pasukan kebangsaan." katanya.
INFO:
Ditubuhkan semenjak: Tahun 1919
Gelaran: Les Blues
Jurulatih: Laurent Blanc
Pemain Tumpuan: Karim Benzema, Franck Ribery, dan Samir Nasri
Penjaring terbanyak: Theirry Henry (51 gol) semasa - Karim Benzema (13 gol)
Penampilan terbanyak: Lilian Thuram (125) semasa - Florent Malouda (73)
Pusingan Kelayakan Euro 2012: Juara Kumpulan D
ENGLAND
'The Three Lions' mara ke pusingan akhir Euro 2012 ketika Fabio Capello meletak jawatan empat bulan sebelum kejohanan. Kedudukan diambil alih sementara oleh penolong jurulatih, Stuart Pearce.
Pada awal bulan Mei lalu, Persatuan Bola Sepak England telah melantik Roy Hodgson sebagai jurulatih.
Pada pusingan kelayakan, England tidak menghadapi masalah untuk muncul juara kumpulan dan mengekalkan rekod bersih tanpa kalah.
Pada saingan Euro kali ini, Hodgson agak resah berikutan ramai pemain yang cedera selepas disenaraikan ke dalam skuad dan berharap mereka dapat pulih sepenuhnya.
Ketiadaan ayam tambatan mereka, Wayne Rooney yang menjalani penggantungan untuk dua perlawanan awal mengutip kad merah akibat menendang pemain Montenegro, Miodrag Dzudovic meresahkan Hodgson.
Kapten, Steven Gerrard akan mengetuai rakan-rakannya untuk menghadapi Perancis, Sweden dan Ukraine dalam kumpulan D.
INFO:
Ditubuhkan semenjak: Tahun 1863
Gelaran: Three Lions
Jurulatih / Pengurus: Roy Hodgson
Pemain Tumpuan: Wayne Rooney, Theo Walcott, Steven Gerrard dan Frank Lampard
Penjaring terbanyak: Bobby Charlton (49 gol), Semasa - Michael Owen (40 gol)
Penampilan terbanyak: Peter Shilton (125), Semasa - David Beckham (115)
Pusingan Kelayakan Euro 2012: Juara Kumpulan G
Play off: Turkey 0-3, 0-0 Croatia (3-0 agg)
Penjaring terbanyak: Darrent Bent, Jermain Defoe, Wayne Rooney dan Ashley Young (4 gol)
Labels:
News
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment