Wednesday 20 June 2012

Izara Aishah Enggan Berlakon Aksi Ranjang


Pelakon comel yang popular dengan drama Vanila Coklat iaitu Izara Aishah dikatakan enggan menerima sebarang watak melibatkan aksi ranjang terutamanya bersama lelaki sekiranya ditawarkan oleh pihak produksi.

Dia berpendapat bahawa dia mempunyai hak untuk memilih peranan yang ditawarkan kepadanya dan akan terus berpegang kepada prinsipnya itu.
Tambah Izara, faktor usianya yang masih muda juga jadi penyebab dia enggan menerima watak-watak sedemikian. Dalam pada itu, Izara menafikan dia semakin besar kepala apabila sudah mula memilih watak yang diberikan kepadanya selepas popular menerusi drama bersiri Vanila Coklat.
Izara menjelaskan keputusannya itu tiada kena mengena dengan populariti sebaliknya lebih kepada prinsip sebagai seorang individu.


No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”