Wednesday 20 June 2012

Limelight, Buku Biografi Faizal Hussein Dilancarkan Sabtu Ini


LIMELIGHT, buku autobiografi Faizal Hussein bakal dilancarkan di KL Alternative Bookfest pada Sabtu ini. Majlis pelancaran buku tersebut bakal berlangsung di Annexe, Central Market, Kuala Lumpur pada pukul 12 tengahari.

Faizal Hussein, nama yang tidak asing lagi bagi peminat filem tanahair. Beliau juga pewaris kepada legasi Allahyarham Seniman Hussein Abu Hassan dan Allahyarhamah Seniwati Mahyoun Ismail. Seawal usia lima tahun lagi, Faizal sudah pun beraksi di depan lensa kamera. Pengalaman beliau berada dalam industri lakonan selama 40 tahun ini dihuraikan di dalam buku yang bertajuk LIMELIGHT.





LIMELIGHT mendedahkan profesionalisme kedua ibubapanya mendidik anak-anak, yang tidak pernah dikongsi selama hayat hidup Hussein Abu Hassan dan Mahyon Ismail. Faizal juga pernah berhadapan dengan tindakan gantung tidak bertali oleh syarikat penerbit drama untuk beberapa tahun atas kedegilan dan prinsip yang dipegang. Pernah dipilih sebagai ahli jawatankuasa SENIMAN, Faizal terpaksa melepaskan tanggungjawab tersebut kerana tidak sanggup melihat politik kotor dan kepentingan tertentu yang diperjuangkan. Faizal pernah memenangi beberapa anugerah dalam beberapa festival filem tanahair.

LIMELIGHT menceritakan bagaimana pelakon itu mengekalkan tahap profesionalisme beliau sehingga sekarang untuk dikongsi dengan sesiapa yang ingin menceburi dalam karier yang sama atau mahukan gambaran awal mengenai amalan industry perfileman tanahair.

Faizal turut menceritakan bibit-bibit manis berlakon dalam enam filem terpenting di dalam hidupnya; Antara filem-filem yang membawanya melonjak naik ialah Gila-gila Remaja (1985), Kanta Serigala (1992), XX Ray (1993), Fantasia (1994), Leftenan Adnan (2000) dan Bunohan (2012).

Selain buku Faizal, turut akan dilancarkan adalah buku Memoir Bukan Memoir tulisan pelakon Pekin Ibrahim. Semua dijemput hadir ke majlis tersebut yang akan turut dihadiri Dilla Hussein, Zahiril Adzim dan ramai lagi.


No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”