Thursday 14 June 2012

Hodgson tuntut aksi pintar jerat Sweden



ROONEY berehat sebentar melepaskan lelah ketika menyertai latihan skuad England di Krakow, kelmarin.
KRAKOW (Poland): Roy Hodgson menuntut barisan bintang England menumbangkan Sweden awal pagi Sabtu ini bagi memastikan Wayne Rooney memiliki peluang memperagakan ledakan berbisanya sekali gus menjulang pasukan dalam Euro 2012.

Hodgson percaya kemenangan di Kiev itu akan meletakkan Rooney di landasan terbaik untuk menyinar.
Dia mendedahkan: “Rooney perlu menjadi jaguh sebenar dalam kejohanan ini. Dia sangat cergas dan bersemangat tinggi.”

Penyerang Manchester United itu perlu menjalani satu lagi penggantungan dan ini bermakna dia boleh beraksi dalam perlawanan terakhir Kumpulan D menentang Ukraine Selasa ini.

Dan dengan England dirangsang semangat tinggi selepas seri 1-1 menentang Perancis dalam perlawanan pembukaan, Hodgson yakin dengan asas-asas yang dibina pasukan untuk menyambut semula kepulangan Rooney.

Rooney pasti membarisi kesebelasan utama menentang tuan rumah bersama di Donetsk – perlawanan yang akan menentukan England akan terbang pulang jika tewas walau apapun yang berlaku menentang Sweden.
Dia menambah: “Anda hanya boleh mendapat manfaat daripada seseorang yang mempunyai kualiti seperti Rooney dalam pasukan.” – The Sun

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”