Friday 3 August 2012

[18 Gambar] Studio Animasi PIXAR


Minggu ini kami banyak paparkan ruangan pejabat. Ini adalah kerana kami sedang mencari inspirasi untuk ruangan pejabat baru kami. Bulan depan Obefiend akan berpindah ke rumah baru dan beliau mahu sebuah office yang bad ass serta kewl untuk kegunaan harian. Ketika buat research terjumpa pelbagai gambar pejabat-pejabat syarikat yang awesome.

Hari ini giliran studio PIXAR pula. PIXAR seperti yang kita sedia maklum bertanggung jawab menghasilkan UP, Toy Story, The Incredible, Hikayat Hang Setia dan Finding Nemo. Studio inilah yang merubah dunia animasi dunia. Kerana kewujudan PIXAR dan keberuntungan francais Toy Story, studio-studio lain juga berlumba-lumba menghasilkan filem animasi 3D mereka sendiri.

Studio yang terletak di Emeryville California ini dibina atas arahan Steve Jobs pada tahun 1999. Pada ketika itu PIXAR masih dimilik Apple sebelum ianya dijual kepada Disney dengan harag USD 7.4 billion. Anyways studio animasi ini menerapkan elemen rekaan yang diperhalusi oleh Arwah Steve. Sebagai contoh beliau mahukan sebuah ruang pejabat yang membenarkan perkongsian idea dengan mudah. Ruangan atrium gergasi diletakkan di tengah-tengah kampus dan dijadikan focal point untuk pekerja Pixar berinteraksi. Kampus ini menjadi tempat kerja kepada 1200 orang. Keluasannya pula ialah sekitar 20 ekar. Disekeliling kampus terdapat amphiteater yang mampu menempatkan 600 orang, padang bola, kolan renang bersaiz Olimpik dan trek jalan kaki.







No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”