Friday 3 August 2012

Senarai Dua Puluh Harga Barang Kawalan Sempena Aidilfiri


Senarai Dua Puluh Harga Barang Kawalan Sempena Aidilfiri : Berikut adalah senarai Dua Puluh Harga Barangan Kawalan Sempena Aidilfiri 2012 ini.

Seperti biasa apabila menjelang musim perayaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) kali ini telah mengumumkan 20 jenis barang runcit yang diletakkan di bawah Skim Kawalan Harga sempena Aidilfitri.



Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tempoh kuatkuasa skim kawalan harga itu ialah selama 15 hari, mulai dari 12 hingga 26 Ogos.

“Semua peniaga perlu meletakkan tanda harga berwarna merah jambu ke atas barangan harga terkawal untuk mudah membezakan dengan barang-barang lain,” katanya pada sidang akhbar semalam.

Beliau turut berkata peniaga yang gagal berbuat demikian dan tidak mematuhi peraturan harga di bawah skim itu akan dikenakan tindakan tegas di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatuan 2011.

Para Pegawai Penguatkuasa dan Pegawai Pemantau Harga akan berada di lokasi-lokasi yang menjadi tumpuan pengguna untuk memastikan semua peraturan dipatuhi, tambahnya.

Berikut adalah Senarai Dua Puluh Harga Barang Kawalan Sempena Aidilfiri 2012 nanti;

1. Harga maksimum bagi barang terkawal itu ialah untuk ayam hidup (RM5.70)
2. Ayam standard yang disembelih dan dibersihkan beserta kaki, kepala, hati dan hempedal (RM6.80)
3. Ayam super yang disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal (RM7.60).

4. Daging lembu tempatan (RM22.00)
5. Daging lembu import-harga maksimum di Sarawak sahaja (RM24.00)
6. Daging kerbau tempatan (RM21.00)
7. Daging kerbau import India (RM13.50)



8. Telur ayam gred A (RM0.35 sen)
9. Telur ayam Gred B (RM0.34 sen)
10. Telur ayam Gred C (RM0.33 sen)

11. Kubis bulat import-Indonesia dan China tidak termasuk kubis Beijing (RM3.20)
12. Cili merah (RM10.00)
13. Tomato (RM4.50).

14. Kelapa parut-harga maksimum di peringkat runcit sahaja (RM6.00)
15. Kacang tanah import (RM6.50)
16. Bawang merah kecil India (RM5.00)
17. Bawang besar import (RM2.50)
18. Bawang putih China (RM7.50)
19. Ubi kentang import China (RM3.00)

20. Ikan kembung (RM12.00).

Segala senarai harga berkenaan adalah berdasarkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya kerana untuk beberapa negeri tertentu termasuk di Sabah dan Sarawak akan terdapat sedikit perbezaan harga.

Aduan mengenai peniaga tidak mematuhi skim itu boleh dibuat menerusi emel ke e-aduan@kpdnkk.gov.my, atau talian bebas tol 1-800-886-800, SMS ke 15888 dengan menaip “KPDNKK ADUAN ” atau lapor terus di pejabat KPDNKK di seluruh negara.




No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”