Pengorbanan Seorang Ibu Sanggup Gadai Nyawa Setiap Hari : Pengorbanan seorang ibu, sanggup menggadaikan nyawa setiap hari.
Seorang ibu di Rantau Panjang, terpaksa bergadai nyawa setiap hari demi membesarkan enam anaknya sejak 35 tahun lalu.
Rokiah Isamil, 59, berkata, pekerjaannya mencari dan membekalkan daun palas bukanlah perkara mudah kerana daun palas hanya terdapat di kawasan semak belukar.
“Sepanjang tempoh 35 tahun ini, banyak risiko yang terpaksa dihadapi. Saya pernah dibelit ular sudu selar kerana terpijaknya ketika sedang mencari daun palas.
“Alhamdulillah saya terselamat dan saya tetap teruskan kerja hingga kini,” katanya.
Menurutnya, walau kini anaknya sudah mencecah umur antara 25 hingga 43 tahun, dia tetap meneruskannya.
“Tidak pernah timbul rasa jemu dalam diri kerana itulah kerja yang dilakukan selama ini untuk membesarkan mereka,” katanya.
Rokiah berkata, permintaan terhadap daun palas akan meningkat setiap kali menjelang musim perayaan memandangkan orang ramai akan menggunakannya untuk membuat ketupat.
“Hari biasa saya cuma hantar 1,000 pelepah seminggu ke Wakaf Che Yeh. Namun, menjelang raya, jumlah ditingkatkan.
“Tahun lalu sahaja, saya jual sekitar 5,000 pelepah dan akan cuba meningkatkannya kepada 10,000,” kata nenek kepada enam cucu ini.
Dia berkata, antara lokasi beliau mencari daun palas ialah sekitar Lubok Jerak dan Gual Dalam, bagaimanapun…
“Bagaimanapun, kawasan mencari daun palas semakin berkurangan membuatkan saya melebarkan pencarian ke beberapa kawasan lain bagi mendapatkan bekalan mencukupi,” katanya kepada Sinar Harian.
Mengulas mengenai harga yang ditetapkan, Rokiah berkata, ia berbeza dari harga sekitar 35 tahun lalu.
“Daun ini dijual mengikut gred antara RM18 hingga RM25 berbanding sekitar RM3 untuk 100 pelepah, 35 tahun lalu,” katanya ketika ditemui di kediamannya, semalam.
Menurutnya, setelah diproses, daun palas itu akan dihantar ke Wakaf Che Yeh, Machang dan Tanah Merah, iaitu lokasi baru sempena bulan Ramadan. Namun, pada hari biasa, saya hanya menjual di Pasir Mas dan Wakaf Che Yeh sahaja,” katanya.
No comments:
Post a Comment