Friday, 3 August 2012

Scha Al Yahya Geletek Awal Ashaari Bangun Sahur


Scha Al Yahya geletek Awal Ashaari bangun sahur : Manja & berlainan caranya apa Scha Al Yahya geletek Awal Ashaar bangun sahur.



KUALA LUMPUR,2 OGOS 2012: Scha Al- Yahya dan Awal Ashaari akui mereka melalui pengalaman dan detik manis bersama yang sangat menyeronokkan pada Ramadan yang kerana masing-masing melalui detik pertama kalinya menjalani ibadah puasa bersama sebagai pasangan suami isteri.

Malah Awal Ashaari berkata dia dapat merasakan banyak perubahan ramadan kali ini bersama Scha Al-Yahya, apatah lagi waktu sahurnya kali ini tidak lagi dikejutkan ibunya, sebaliknya ia dilakukan isteri tersayang dengan cara yang sangat berbeza dan agak manja.

“Saya akui memang saya jenis yang susah untuk bangun sahur. Jika saya bangun sahur pun saya selalunya hanya akan minum air atau mengambil apa jua makanan yang ringan. Jika dulu ibu saya sangat menegaskan kepada kami untuk bangun waktu sahur kerana dia akan masak dengan banyak untuk kami sekeluarga makan. Jadi macam mana pun dia akan paksa anak-anaknya bangun sahur masa tu.

“Cara ibu saya kejut sahur adalah dengan cara memercikkan air ke muka dan cubit-cubit supaya saya tetap akan bangun bersahur. Namun berbeza dengan Scha yang tidak terlalu memaksa tetapi tetap mahu saya bangun untuk minum paling tidak segelas air.

“Cara Scha kejut sahur tidak terasa sangat kerana dia akan menggeletek saya sehingga saya bangun. Jika tidak dia akan begurau dengan mempercepatkan waktu di jam bagi menakut-nakutkan saya bahawa waktu bersahur hampir tamat. Walau bagaimana pun dia berjaya buat saya tertipu dan akhirnya bangun,” jelas Awal ketika ditumui pada majlis berbuka Astro Shaw, di Hotel One World, malam kelmarin

Sementara itu, Scha Al-Yahya pula memberitahu dia gembira kerana sudah berpeluang memasak untuk suami tercinta dengan menyediakan juadah kegemaran Awal.

“Walaupun sedih kerana kami tidak dapat berbuka bersama pada 1 Ramadan disebabkan tuntutan kerja masing-masing tetapi saya bersyukur kerana hari lainnya kami berpeluang dapat memasak juadah berbuka untuk kami bersama.

“Kebiasaanya saya akan masak lauk yang ringkas sahaja iaitu sambal goreng ikan bilis dan juga sotong goreng kunyit, kerana Awal sangat suka masakan sotong goreng kunyit saya. Kami masak bersama di dapur. Saya masak dan Awal tolong kritik. Dia suka mengkritik dan apa yang saya sediakan itu banyak mengikut citarasanya berbanding saya.



“Namun saya gembira kerana kami banyak habiskan masa bersama dalam menjalani ibadah puasa termasuk dapat melakukan terawih bersama-bersama,” jelasnya Scha pula.

Awal dan Scha telah berkahwin pada 4 Mei lalu dan kini masih menunggu rezeki untuk menimang cahaya mata

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”