Friday, 3 August 2012

Penjaga Gol Tidak Hadir Prosiding Khalwat


Penjaga gol tidak hadir prosiding khalwat :  Perintah saman akan dikeluarkan kerana penjaga gol tidak hadir prosiding khalwat.



PETALING JAYA – Mohd Farizal Marlias (26), penjaga gol Malaysia yang beraksi dalam perlawanan menentang Arsenal dan Manchester City pada bulan lepas dikenakan perintah saman oleh Mahkamah Rendah Syariah kerana gagal hadir prosiding khalwat yang dikenakan keatasnya dan pasangan.

Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad mengeluarkan saman berkenaan kepada Mohd Farizal, dan pasangannya Zaiton Othman (29) serta penjamin mereka yang juga bekas pemain bola sepak Perak, Khairul Izwan Mohamed Jamaludin kerana turut tidak hadir prosiding.

Mohd Farizal dan pasangan sepatutnya hadir untuk sebutan pertama kes khalwat mereka hari ini.

Mereka didakwa berkhalwat di sebuah tempat di Petaling Jaya, pada awal pagi, 11 Oktober 2011 lalu.

Bagaimanapun, pada prosiding, Pegawai Pendakwa dari Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Shafezan Rusli memberitahu, beliau tiada
menerima sebarang makluman mengenai ketidakhadiran Mohd Farizal Marlias dan Zaiton.

Justeru itu, Shafezan memohon mahkamah mengeluarkan saman kehadiran terhadap pasangan itu serta penjamin mereka.

Mahkamah turut memerintahkan semula mereka hadir pada sebutan kes 13 September depan.

Wan Mahyuddin menegaskan, sekiranya saman di luar bidang kuasa sudah diserahkan kepada Farizal tetapi masih gagal hadir pada tarikh akan datang, maka waran tangkap akan dikeluarkan.

Selepas prosiding kes itu tamat hampir satu jam daripada waktu yang ditetapkan, Khairul Izwan tiba berseorangan di mahkamah pada jam 1 tengah hari dengan membawa sijil cuti sakit (MC), namun demikian tiada dokumen dikemukakan untuk mewakili Zaiton pasangannya.



Mohd Farizal kini adalah penjaga gol pasukan bola sepak Negeri Sembilan dan pernah mewakili skuad Shahzan Muda dan Perlis.

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”