Wednesday, 8 August 2012
Amaran!! Google Panda Akan Menghukum Blog Yang Banyak Iklan
Sekarang adalah masa yang terbaik untuk mengurangkan ruang iklan (advertising space) di laman blog anda sebelum terlambat. Pada 19 Januari 2012, Google telah mengumumkan mereka akan bertindak menghukum (penalised) laman-laman web / blog yang menjalankan terlalu banyak iklan terutamanya di bahagian atas atau “page header”.
Apa Yang Dimaksudkan Dengan Google Panda
Google Panda mula diperkenalkan oleh Google pada Februari 2011. Ia dalah perubahan kepada algoritma ranking hasil carian Google. Perubahan ini bertujuan untuk menurunkan pangkat (penalised) laman web yang berkualiti rendah, dan mengembalikan laman web yang berkualiti ke bahagian atas di enjin carian Google.
Algoritma Baharu Dari Google Panda
Menurut laman blog rasmi Google, perubahan ini dilakukan hasil daripada rungutan pengguna yang tidak berpuas hati dengan pengalaman mereka yang sukar untuk mendapatkan kandungan sebenar dan berkualiti di sesebuah laman web / blog. Pengguna mahu melihat kandungan dengan segera selain daripada terpaksa “scroll down” terlebih dahulu.
Kesimpulannya di sini, mana-mana laman web / blog yang menempatkan kandungan di bahagian atas tanpa dipenuhi oleh ruang iklan yang banyak akan diberi keutamaan oleh Google. Selain daripada itu, Google juga turut menegaskan bahawa laman web yang menggunakan pop-up, pop-under atau overlay ads tidak akan terjejas. Algoritma baharu ini hanya terpakai kepada iklan statik di setiap halaman itu sahaja.
Persoalan! Berapa Banyak Dikatakan Terlalu Banyak?
Ini adalah persoalan yang sukar untuk ditentukan dan tidak ada sebarang “guidelines” dikeluarkan oleh Google. Walau bagaimanapun, menurut Google;
This algorithmic change does not affect sites who place ads above-the-fold to a normal degree, but affects sites that go much further to load the top of the page with ads to an excessive degree or that make it hard to find the actual original content on the page. This new algorithmic improvement tends to impact sites where there is only a small amount of visible content above-the-fold or relevant content is persistently pushed down by large blocks of ads.
Mengikut kefahaman saya, menempatkan satu ruang iklan di bahagian atas tidak menjadi kesalahan selagi pengguna dapat melihat kandungan entri pada halaman yang sama tanpa perlu skroll ke bawah. Untuk membantu anda memahami kehendak Google, anda boleh mencuba Browser Size Tool yang disediakan oleh Google untuk memahami berapakah peratusan kandungan vs iklan di halaman blog anda yang boleh dilihat pada pandangan pertama kepada pengunjung di bawah pelbagai resolusi skrin.
Apa yang perlu Dilakukan?
Untuk mengelakkan laman web / blog anda dipenalised oleh Google Panda, cara terbaik ialah dengan mengubah layout anda secepat mengkin. Lakukan mengubahsuaian sebaik mungkin agar blog yang anda usahakan selama ini tidak diketepikan oleh enjin carian Google.
Labels:
Tech Infor
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment