Wednesday, 8 August 2012

Minta Maaf Atas Kebodohan Diri Mengutuk Lee Chong Wei!



Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Alam Shah dari parti DAP, M. Manoharan yang ‘dibelasah’ bertalu-talu di media sosial dan arus perdana sejak semalam kerana membuat kenyataan merendahkan kejayaan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei tampil memohon maaf hari ini.
Permohonan maaf itu dibuat menggunakan medium yang sama yang digunakan untuk merendahkan Chong Wei yakni melalui akaun Twitter miliknya.
“I deeply regret the comments I have made and tender my heartfelt apologies to Dato’ Lee Chong Wei and his family.”.
Kenyataan itu datang selepas rakyat dari semua lapisan termasuk pemimpin DAP mengutuk kenyataan Manoharan yang disifatkan ramai sebagai bodoh dan tidak sensitif pada situasi.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng merupakan antara yang terawal cuba menjarakan diri dengan kenyataan Manoharan itu dan mengutuk tindakan peguam itu.
Dalam beberapa tweet yang dibuat Manoharan sebaik perlawan antara Chong Wei menentang pemain China, Lin Dan bagi merebut emas olimpik acara berminton berakhir, dia dilihat telah merendahkan pengorbanan dan kejayaan Chong Wei.
Manohran dilihat dengan jelas lebih mengagungkan dan memandang tinggi Lin Dan berbanding jaguh negara sendiri.
Antara tweet yang dibuat Manoharan ialah;
‘LIN DAN wins.He played better than Lee Chong AWAY,” katanya dalam akaun Twitter miliknya.
Dengan jelas Manoharan mempermainkan nama Chong Wei kepada Chong Away.
Selain itu, wujud unsur-unsur politik keterlaluan di kala rakyat sedang bersediah apabila negara terlepas peluang untuk menang emas pertama.
“Malaysia will win its first GOLD Medal in Olympics after Pakatan takes over Putrajaya,”
Inikah kualiti ahli politik DAP?
Ini bukan kontroversi kualiti rendah yang pertama melibatkan Manoharan kerana dia juga pernah mendedahkan bahawa bendera negara ini akan diubah apabila parti berkenaan mengambil alih tampuk 
pentadbiran negara.


No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”