Wednesday 8 August 2012

[ Gambar ] Alex Morgan : Pemain Bolasepak USA


Perlawanan akhir bolasepak wanita Olimpik ialah diantara finalis Piala Dunia Wanita 2011 iaitu Jepun dan USA. Dalam perlawanan separuh akhir semalam, Alex Morgan menjadi wirawati USA apabila beliau menjaringkan gol kemenangan ketika menentang Kanada pada minit ke-123. Jaringan Alexandra Patricia Morgan (23) memastikan USA mengalahkan Kanada 4-3. Alex gadis yang berasal dari California ini memang diakui sebagai antara bintang yang akan menyinar sebelum Olimpik bermula.

Selain menyinar di atas padang, pemain untuk kelab Seattle Sounders ini juga menyinar di luar padang kerana kecantikan beliau. Alex muncul di dalam edisi pakaian renang Sports's Illustrated tahun lalu dan ianya sangat wa wa wee waa. Sadly for you dudes Alex sudah berpunya dan teman lelaki beliau juga pemain bolasepak untuk Seattle Sounders. Marilah kita menonton perlawanan akhir bolasepak wanita pagi jumaat hadapan. Go go USA! Oh dan walaupun beliau memakai jersey kain meja Manchester United, beliau sebenarnya peminat pasukan Seattle Sounders dan FC Barcelona.





No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”