Wednesday, 8 August 2012

Barisan Nasional Nak Berhentikan Air Percuma -Apa Kata Rakyat Selangor?


Sedar tak sedar, dah lebih 4 tahun rakyat negeri Selangor di bawah pimpinan Pakatan Rakyat menerima air percuma 20 meter padu setiap bulan. Rata-ratanya, ramai yang menikmati kaedah air percuma ini.

Namun begitu, ada ura-ura mengatakan sekiranya Barisan Nasional berjaya merampas Selangor dari Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum-13 yang semakin hampir ini, dasar pemberian air percuma akan dihentikan dan diganti dengan kadar tarif air yang tidak membebankan.


Kita sudah sedia maklum, kena faham dengan ayat-ayat orang politik ini.Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani,  Datuk Seri Noh Omar menempelak kerajaan Pakatan Rakyat kerana menolak projek Loji Rawatan Air Langat 2, yang kosnya mencecah 8 bilion kerana mendakwa bahawa air terawat di Selangor dalam keadaan kritikal oleh kerana loji rawatan sedia ada yang tidak berfungsi dengan efisien.


1 comment:

eXception said...

Bagi aku la... Antara takde air dgn takde air percuma... Baik aku pilih ada bekalan air... Apa guna kalo air percuma tapi cuma setitik sahaja... Ha ha ha ha ha... Nak mandi junub pun tak lepas weh!!

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”