Tuesday 18 September 2012

iPhone 5 Cecah Dua Juta Tempahan Dalam Tempoh 24 Jam


Apple telah menerima lebih 2 juta tempahan bagi model terbarunya, iPhone 5 dalam masa 24 jam sehinggakan memaksa syarikat tersebut melanjutkan penghantaran sehingga Oktober berikutan permintaan di luar jangkaan.

“Permintaan iPhone 5 sangat menggalakkan serta melebihi rekod iPhone 4S dengan reaksi daripada pelanggan amat luar biasa,”

kata Philip Schiller iaitu Naib Presiden Kanan Pemasaran Dunia Apple.
 
Apple juga memperkenalkan versi terbaru telefon pintarnya itu pada Rabu lalu serta mula membuka bagi tempahan pada Jumaat.
Syarikat Apple menegaskan model terbaru tersebut mampu diperoleh di 100 negara di seluruh dunia menjelang akhir tahun ini.

Pelanggan sulung di jangka akan menerima iPhone 5 ialah di Amerika Syarikat pada 21 September ini

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”